Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

'Kenyataan Hadi Awang mengenai warga bukan Islam gugat kestabilan'

Guan Eng gesa rakyat buat laporan polis berkaitan kenyataan Presiden PAS bahawa masyarakat bukan Islam sering beri ancaman kepada orang Melayu
May 11, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, menyifatkan kenyataan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Seri Abdul Hadi Awang, bahawa masyarakat bukan Islam di Malaysia sering memberi ancaman kepada orang Melayu, sebagai perbuatan mengganggu gugat negara dan kestabilan kerajaan.



Oleh itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya beramai-ramai membuat laporan polis terhadap pemimpin PAS itu bagi menamatkan "politik pecah belah, pelampau dan perkaumannya".



Ahli Parlimen (AP) Bagan itu berkata Tan Sri Hadi secara terang-terangan sering menyasar masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di Malaysia atas pelbagai sebab.



Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Hadi bersifat karut dan boleh mendatangkan bahaya kepada negara.



"Hadi kini sering menyalahkan orang bukan Islam dan bukan Melayu sebagai kumpulan perompak besar serta paling banyak memberi dan menerima rasuah.



"Ini adalah karut kerana kegiatan rasuah tidak mengenal siapa dan ia dihadapi semua masyarakat," kata Encik Lim.



Beliau menarik perhatian bahawa jenama politik pemimpin PAS itu mengancam perpaduan dan integrasi nasional.



"Hadi begitu terdesak untuk mengacau, menggugat kestabilan malah memusnahkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sehinggakan beliau terus menyasarkan orang bukan Islam dan bukan Melayu secara terbuka.



Menurut Encik Lim, Tan Sri Hadi telah mendedahkan keghairahan PAS untuk berkuasa tanpa mempedulikan dakwaannya yang menghasut dan tidak berasas.



Beliau juga menegaskan kegagalan kerajaan sebelum ini untuk bertindak terhadap presiden PAS pada masa lalu telah menjadikan pemimpin itu lebih berani.



"Kegagalan kerajaan sebelum ini mendorong Hadi melakukan serangan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab terhadap orang bukan Islam.



"Hadi tidak malu mengulangi pembohongan bahawa kumpulan minoriti memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada Melayu, walaupun sebenarnya orang Melayu mempunyai peratusan keluar mengundi tertinggi daripada semua masyarakat iaitu 79 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.



"Bagaimana orang Islam hilang kuasa sedangkan semua jawatan penting dalam negara dipegang orang Melayu dan orang Islam?



"Malah dalam Kabinet yang mempunyai 28 anggota, hanya ada sembilan menteri bukan Islam. Dan daripada 148 AP kerajaan perpaduan, 77 adalah beragama Islam iaitu lebih berbanding 72 ahli parlimen Islam dalam Perikatan Nasional," tambahnya.



Sambil menyifatkan Tan Sri Hadi dan PAS sebagai "ancaman yang jelas dan nyata kepada wawasan Malaysia milik semua," pemimpin DAP itu berkata provokasi sedemikian tidak boleh diabaikan.



Sebelum ini, Tan Sri Hadi yang juga AP Marang, dalam perkongsian di Facebook, mendakwa orang Melayu kini 'ditipu secara terbuka' kerana orang bukan Islam dan bukan Melayu adalah 'perompak besar'.



Bahkan pada Ogos lalu, beliau turut mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera ini sebagai punca rasuah dan mereka itu adalah majoriti yang terbabit dalam merosakkan politik dan ekonomi negara. - BHM, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >