Topik diikuti
Pergi ke BHkuKenyataan tentang Bugis: Tekanan ke atas Zaid, Mahathir meningkat

SOKONG SULTAN: Peserta perhimpunan 'Daulat Tuanku' daripada pelbagai kaum dan agama berkumpul di Dataran Mayang di Shah Alam kelmarin bagi menyatakan kesetiaan dan sokongan kepada Sultan Sharafuddin dan menuntut Datuk Zaid Ibrahim dan Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan masyarakat Bugis. - Foto THE STAR
Dec 12, 2017 | 5:30 AM
Kenyataan tentang Bugis: Tekanan ke atas Zaid, Mahathir meningkat
SHAH ALAM: Tekanan terhadap ahli politik pembangkang Datuk Zaid Ibrahim dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan masyarakat Bugis semakin meningkat, dengan beriburibu orang mengadakan perhimpunan di sini kelmarin.
Penunjuk perasaan, daripada pelbagai kaum dan agama, berkumpul di Dataran Mayang di sini dari 9.30 pagi bagi menyatakan kesetiaan dan sokongan kepada Sultan Sharafuddin, lapor media Malaysia.