SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kepala zakar kanak-kanak Malaysia putus semasa sunat guna laser

Kepala zakar kanak-kanak Malaysia putus semasa sunat guna laser

Dec 27, 2016 | 10:54 AM

Kepala zakar kanak-kanak Malaysia putus semasa sunat guna laser

Kanak-kanak lelaki disimbah dengan air sebelum majlis berkhatan beramai-ramai di masjid Bandar Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur pada 11 Disember 2016.
Kanak-kanak lelaki disimbah dengan air sebelum majlis berkhatan beramai-ramai di masjid Bandar Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur pada 11 Disember 2016. - GAMBAR AFP

KAJANG (Selangor): Seorang budak lelaki berusia 10 tahun kehilangan sebahagian zakarnya apabila ia terputus semasa prosedur sunat menggunakan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama di Cheras.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.15 malam pada 20 Disember semasa prosedur yang dilakukan menggunakan pisau bedah laser.

Tidak lama selepas prosedur itu, doktor memberitahu ayah kanak-kanak tersebut beliau terpotong kepala zakar anaknya.

Budak itu dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), yang kemudian merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pembedahan untuk memasang semula kepala zakarnya.

Bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis di HKL atas nasihat doktor di situ.

Difahamkan bahawa doktor yang menjalankan pembedahan awal itu mempunyai 21 tahun pengalaman dan adalah lulusan Universiti Karachi di Pakistan.

Klinik tersebut, yang telah beroperasi selama 15 tahun, tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Doktor berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan mengakui kemalangan tersebut berlaku semasa prosedur sunat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Othman Nanyan, mengesahkan kejadian itu. - The Star/Asia News Network

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg