Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kepiluan iringi berita penemuan anak kapal KRI Nanggala 402

Apr 27, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Penemuan bangkai kapal selam KRI Nanggala 402 yang terpecah tiga di laut Bali dan pengesahan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) tentang kematian kesemua 53 perajurit dan pegawai kapal tersebut di tengah-tengah Ramadan disambut dengan penuh kepiluan.



Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), semasa mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa semalam menyifatkan kesemua yang gugur sebagai "patriot terbaik" Indonesia.



"Kita semua warga Indonesia berasa sedih atas tragedi ini, terutama kepada keluarga kru kapal selam.



"Semua warga Indonesia menyatakan kesedihan yang mendalam atas kejadian ini, terutama kepada keluarga kru kapal selam," katanya yang menjamin persekolahan anak perajurit dan pegawai KRI Nanggala hingga ke peringkat Sarjana.



Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, menyifatkan pemergian kesemua 53 anak kapal sebagai "putera-puteri terbaik" dan meyakini "seluruh pengabdian seluruh awak tidak akan sia-sia".



"Seluruh perajurit yang telah gugur adalah putra putra terbaik bangsa. Saya yakin, seluruh pengabdian mereka tidak akan sia-sia," ucap Prabowo.



"Kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga selalu diberikan kekuatan, negara ini berhutang budi terhadap rasa kehilangan yang kalian rasakan ini. KRI Nanggala 402, kami titipkan kedaulatan laut Indonesia kepada kalian, selamat jalan, selamat berlayar menuju keabadian," ujarnya.



TNI-AL sebelum ini mengumumkan kesemua yang meninggal dunia akan diberikan kenaikan pangkat anumerta.



Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam pada itu telah meminta umat Islam mengadakan solat ghaib secara sendirian atau berjemaah untuk anak kapal selam tentera negara itu, KRI Nanggala 402, yang disahkan terkorban.



Tragedi yang menimpa menurut timbalan ketua MUI, Encik Anwar Abbas, bukan saja menjadi berita duka kepada keluarga anak kapal, tetapi seluruh rakyat Indonesia.



Kapal selam buatan Jerman itu ditemui berada di kedalaman 838 meter di bawah permukaan laut.



"Mari melaksanakan solat ghaib supaya semua dosa mereka diampuni dan pengabdian serta pengorbanan yang diberikan kepada bangsa dan negaranya menjadi ibadah serta mendapat ganjaran pahala yang sebesar-besarnya dari-Nya," katanya dalam satu kenyataan bertulis yang ditukil agensi berita Antara kelmarin.



Encik Anwar turut memetik sepotong hadis iaitu seseorang itu mati syahid apabila dia meninggal dunia disebabkan tenggelam.



Pelbagai jenis pesawat, serta sekurang-kurangnya 25 kapal Indonesia, termasuk bantuan dari negara-negara asing, selain ratusan anggota tentera dikerah dalam misi mencari dan menyelamat KRI Nanggala 402 di zon seluas 34 kilometer persegi sejak ia dilaporkan hilang Rabu lalu ketika menjalani latihan ketenteraan.



KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel elektrik adalah kapal selam penyerang yang dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.



Aset itu pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan dengan strukturnya diganti serta naik taraf ke atas sistem penggerak, sonar dan senjata.



Pihak berkuasa berkata, mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter (m) awal pagi kelmarin dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura, MV Swift Rescue, bagi mendapatkan pengesahan visual.



Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono, mengumumkan proses evakuasi, yakni mengangkat bangkai kapal selam dari dasar laut ke permukaan, akan dilakukan dengan kerjasama badan penyelamat kapal selam antarabangsa, The International Submarine Escape and Rescue Liaison Office (ISMERLO).



"Sejak 20 April, satu makluman telah diajukan kepada International Submarine Escape and Rescue Liaison Office (ISMERLO) oleh Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut: TNI-AL) berhubung kapal selam Nanggala.



"Sejak itu, Ismerlo telah dikendalikan selama 24 jam dan aktif dalam memberikan sokongan penyelarasan profesional dari masyarakat kapal selam antarabangsa kepada angkatan laut Indonesia.



"Bilik operasi Ismerlo akan kekal beroperasi sehingga kejadian dimuktamadkan," menurut badan itu di lamannya.



Panglima TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto dan Laksamana Yudo dalam pada itu mengumumkan penemuan sejumlah kepingan komponen bahagian dalam kapal tersebut, meliputi kemudi vertikal belakang, jangkar, bagian luar badan tekan, kemudi selam timbul, bagian kapal yang lain termasuk baju keselamatan awak kapal NK-11.



Laman berita detikcom melaporkan bahawa kapal selam KRI Nanggala 402 telah menjalankan banyak misi untuk menjaga kedaulatan Indonesia.



Menurut Laksamana Muda (B) Frans Wuwung yang pernah menjadi Pengarah Risikan TNI-AL kapal selam itu pernah menjalankan misi risikan di Timor Timur untuk memantau pergerakan pasukan Interfet (pasukan tentera antarabangsa bagi Timor Timur) pada Ogos-Oktober 1999.



KRI Nanggala 402 juga pernah dikerahkan ke perbatasan Filipina untuk memantau jaringan penyeludupan senjata dalam konflik di Ambon dan Poso, dari 1998 hingga 2000.



"Äda banyak kekuatan waktu itu yang mahu masuk selain Australia. Tapi kemudian mereka ragu kerana ada Nanggala di sana. Itu namanya kesan pencegahan," kata Encik Wuwung kepada detikcom, yang disiarkan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >