Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kepimpinan Nahdlatul Ulama dipersoal selepas berkempen untuk Prabowo

Jan 29, 2024 | 12:57 PM



JAKARTA: Ikrar berkecuali pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), dalam pilihan raya presiden akan datang, mula dipersoalkan berikutan laporan bahawa kepimpinannya menggembleng sokongan kepada pasangan calon Encik Prabowo Subianto dan Encik Gibran Rakabuming Raka.


Dalam satu episod podcast politik siaran Gaspol baru-baru ini, ulama terkenal dan cendekiawan Islam, Encik Nadirsyah Hosen, yang lebih dikenali sebagai Gus Nadir, mendedahkan usaha pegawai atasan NU untuk mempengaruhi ahli dan pengikut pertubuhan itu, untuk membantu Encik Prabowo dan Encik Gibran, anak sulung Presiden Joko “Jokowi” Widodo, mencapai kemenangan langsung dalam satu pusingan pilihan raya itu.

Isu berkecuali dalam pilihan raya Indonesia menjadi hangat pada Rabu, 24 Januari apabila Presiden Jokowi menjadi tajuk utama apabila beliau berkata seorang presiden bebas menyokong mana-mana calon presiden, sebagai jawapan kepada soalan media.

Presiden juga berhak berkempen untuk calon pilihan pada masa lapangnya, dengan syarat tiada kemudahan pemerintah ketika berbuat demikian, kata Encik Jokowi.

Tinjauan pendapat baru-baru ini menunjukkan, pendahulu Encik Prabowo dan Encik Gibran hanya akan memperoleh 46 peratus undi, pada 14 Februari ini nanti, kurang daripada 50 peratus yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden dalam satu pusingan tanpa perlumbaan ulang pada Jun kelak.

Gus Nadir, bekas ketua majlis agama NU di cawangan Australia dan New Zealand, mendakwa lembaga eksekutif pertubuhan itu mengumpul pemimpin cawangan serantau NU di seluruh negara, untuk mesyuarat tidak rasmi di sebuah hotel di Surabaya, Jawa Timur pada 7 Januari.

Dalam mesyuarat itu, pengerusi Encik Yahya Cholil Staquf, memberi arahan tidak bertulis, untuk menyokong tiket presiden Prabowo-Gibran.

Pemimpin tertinggi NU, Encik Miftachul Achyar, yang hadir dalam pertemuan itu, dilaporkan memberitahu anggota supaya mendengar dan mematuhi arahan.

Gus Nadir meluahkan kekecewaannya dalam podcast mengenai bagaimana NU telah beralih, daripada pendirian neutral tradisionalnya dalam politik.

“Hakikat NU menampilkan dua lapisan realiti, akan mengelirukan orang ramai khususnya pengikut NU. Ramai yang akan berasa sukar mempercayai NU pada masa hadapan, dan ini berbahaya,” kata Gus Nadir, yang juga pensyarah di Universiti Monash di Melbourne, Australia, dipetik akhbar The Jakarta Post.


Encik Yahya menolak dakwaan Gus Nadir, dan menyifatkannya sebagai suatu andaian tidak berasas.

Ditubuhkan pada tahun 1926 oleh ulama Hasyim Asy’ari, NU telah menjadi kuasa politik yang kuat dengan anggaran 45 juta ahli.

Pertubuhan itu dan ahlinya telah memainkan peranan penting dalam membentuk keputusan pilihan raya presiden di Indonesia, negara dengan majoriti penduduk Islam yang paling ramai di dunia.

Sepanjang Encik Jokowi menjadi presiden, NU telah menikmati hubungan rapat dengan Presiden.

NU menerima banyak geran dan menyaksikan anggota kanannya dilantik sebagai menteri kabinet, duta dan ahli lembaga pengarah pelbagai perusahaan milik negara.

Encik Sukron Kamil, profesor budaya dan politik Arab di Universiti Islam Negeri (UIN), berkata NU mengambil risiko yang besar dengan memihak kepada Encik Prabowo.

Ini adalah kerana tiada tinjauan pendapat setakat ini meramalkan kemenangan untuk pasangan calon itu.

“Sekiranya Prabowo dan Gibran kalah dalam pilihan raya, kita boleh jangkakan untuk melihat perubahan dalam lembaga pusat NU, kerana kepimpinan sekarang mungkin hilang relevannya,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >