Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kepimpinan Umno Sabah keluar parti beramai-beramai

Dec 13, 2018 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Tindakan keluar daripada Umno Sabah telah bermula dengan sembilan daripada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu meninggalkannya semalam.



Empat daripada enam Anggota Parlimen (AP) Umno dan dua senator daripada parti itu juga melakukan tindakan sama semalam.



Hanya Adun Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman, dan AP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, masih kekal dalam Umno.



Seramai 21 daripada 25 ketua bahagian juga telah menyertai tindakan meninggalkan Umno dalam langkah yang mereka harapkan lebih separuh daripada 500,000 ahli berdaftar akan ikuti.



Ini diumumkan oleh pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor, dan Datuk Seri Masidi Manjun, kedua-duanya antara Adun yang keluar Umno, dalam satu sidang media semalam.



Mereka tidak menunjukkan arah seterusnya anggota Umno yang meninggalkan parti itu, tetapi ada daripada mereka dijangka menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bahagian Sabah, manakala yang lain mungkin menyertai Parti Warisan Sabah atau rakan lain gabungan Pakatan Harapan yang memerintah.



Dua ahli majlis tertinggi PPBM, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, hadir di sidang media tersebut.



Apabila ditanya mengenai tujuan lawatan mereka, Datuk Rafiq berkata hanya "kebetulan" mereka sedang menghadiri sebuah program di Kota Kinabalu ketika acara itu berlangsung.



Dr Rais berkata mereka makan tengah hari bersama beberapa bekas anggota Umno sebagai "kawan".



Datuk Hajiji berkata beliau tidak dapat bercakap bagi pihak Tan Sri Musa mengenai arah masa depannya, manakala tentang Datuk Bung Mokhtar, beliau berkata tiada siapa dipaksa meninggalkan Umno.



Dalam satu kenyataan media, Datuk Hajiji antara lain berkata pilihan raya umum Mei lalu (PRU14) mengubah secara radikal landskap politik Malaysia, termasuk Sabah dan Umno negeri itu menerima realiti politik baru dan sedang menyesuaikan diri dengannya sebaik mungkin.



"Melihat realiti politik baru selepas PRU14, kami berpendapat bahawa kerelevanan Umno di Sabah telah tidak dapat dipertahankan secara politik. Pemimpin dan ahli Umno perlu bergerak dan mengarahkan arah politik baru," ujarnya.



Beliau berkata mereka tidak berasa marah terhadap Umno, "cuma beberapa kekecewaan".



"Malangnya, Umno tidak lagi seperti dulu. Kepimpinan semasanya tidak mempunyai arah politik yang jelas. Kami tidak pasti ke mana Umno hendak tuju. Terdapat kenyataan yang bercanggah tentang 'cara bergerak ke depan', bergantung dengan siapa yang anda cakap di kepimpinan tertinggi.



"Dalam analisis keseluruhan kami tentang trend politik semasa di negara ini, kami juga telah mengambil kira bahawa Umno Sabah mempunyai lebih 100,000 ahli bukan Islam. Sembarang pergeseran dalam arah politik parti pasti akan menjejaskan sokongan mereka yang berterusan kepada Umno.



"Atas sebab-sebab di ataslah kami memutuskan mengambil inisiatif untuk mencatat masa depan politik kami sendiri. Kami akan bermula dengan memisahkan diri kita daripada Umno supaya kami bebas menimbangkan semua pilihan yang ada bagi mencorak masa depan kami di Malaysia baru."



Kenyataan itu berkata mereka semua memutuskan keluar Umno berkuat kuasa semalam dan kekal sebagai wakil Bebas sehingga mereka memutuskan menyertai parti pilihan mereka.



Mereka juga berikrar "memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pakatan Harapan" dan berkata "semua rakyat Malaysia harus menyokong YAB Tun (Dr Mahathir) dalam usahanya menjadikan negara ini hebat sekali lagi". Selaras dengan itu, mereka menyatakan janji menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie, dan kerajaan negeri itu. - The Star.




"Malangnya, Umno tidak lagi seperti dulu. Kepimpinan semasanya tidak mempunyai arah politik yang jelas. Kami tidak pasti ke mana Umno hendak tuju. Terdapat kenyataan yang bercanggah tentang 'cara bergerak ke depan', bergantung dengan siapa yang anda cakap di kepimpinan tertinggi."
- Datuk Hajiji Mohd Noor, pengerusi perhubungan Umno Sabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >