SPH Logo mobile
Langgan|

Kepulauan Pasifik Selatan rangkum tiga kumpulan budaya

Kepulauan Pasifik Selatan rangkum tiga kumpulan budaya

Jun 13, 2022 | 5:30 AM

Kepulauan Pasifik Selatan rangkum tiga kumpulan budaya

aeddaa69-c52c-4866-b83c-15f7f5789595
-

NEGARA Kepulauan Pasifik Selatan, seperti namanya, terletak di kawasan selatan Lautan Pasifik.

Ia merangkumi tiga kumpulan budaya dan geografi di rantau itu iaitu Micronesia, Melanesia dan Polynesia, selain Australia dan New Zealand.

Sesetengah negara itu mempunyai hubungan diplomatik dengan China manakala ada pula mempunyai hubungan dengan Taiwan, yang dianggap China sebagai wilayah pemberontak.

Terdapat juga kumpulan Forum Kepulauan Pasifik (PIF) yang merupakan satu rangka kerjasama serantau yang diasaskan pada 1971 oleh negara-negara pulau Pasifik yang baru merdeka, bersama-sama dengan Australia dan New Zealand.

Negara yang membentuk PIF termasuk Papua New Guinea, Fiji, Solomon Islands, Vanuatu, Samoa, Tonga, Cook Islands, Tuvalu, Nieu, Micronesia, Kiribati, Marshall Islands, Palau, Nauru, Australia dan New Zealand.

PIF merupakan wadah bagi menyediakan persekitaran bagi ketua pemerintah negara anggota untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi negara Pasifik Selatan dan beribu pejabat di Suva, Fiji.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg