Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepulauan Solomon tunda semua lawatan tentera laut

Sep 1, 2022 | 5:30 AM
264e4915-7656-433b-8f8d-5a0faf604bbd
-

WASHINGTON: Kepulauan Solomon tidak membenarkan kapal-kapal tentera Amerika Syarikat dan negara asing singgah di perairannya, menurut pegawai-pegawai Amerika kelmarin.

Larangan itu menimbulkan kekhuatiran di Washington bahawa negara Pasifik itu mula mengalihkan pelibatan Amerika dan memilih untuk bersama China.

Penguasa kepulauan itu telah memberitahu secara rasmi kepada Pengawal Pesisiran Amerika dan Angkatan Laut Diraja Britain bahawa kapal-kapal mereka tidak dibenarkan singgah di situ.

Pada Isnin lalu, pemerintah Kepulauan Solomon mengeluarkan notis rasmi, menunda semua kapal tentera asing daripada singgah di perairannya, sementara ia menyemak semula protokol dan persyaratannya, kata seorang jurucakap Jabatan Negara, Encik Vedant Patel, kelmarin.

Langkah itu dilihat sebagai menegur Amerika yang sejak beberapa bulan lalu menghantar beberapa pegawainya ke Kepulauan Solomon dalam usaha mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Encik Patel berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat sama ada China menyarankan larangan tersebut atau jika kapal angkatan laut China telah singgah di situ.

Dokumen yang dibocorkan Mac lalu mendedahkan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Manasseh Sogavare dan para pegawai China telah menandatangani satu perjanjian keselamatan yang dirahsiakan, yang membolehkan Kepulauan Solomon meminta China mengirim pasukan tentera dan keselamatan jika diperlukan.

Syarat perjanjian itu menyebut bahawa persetujuan itu harus dirahsiakan, tetapi pihak yang menentangnya telah mendedahkan draf salinannya 'online'.

Kerajaan Australia, yang menganggap kepulauan Pasifik itu sebahagian daripada wilayah di bawah pengaruhnya, mengesahkan adanya dokumen tersebut.

Beberapa penganalisis mengatakan, perjanjian itu boleh membuka jalan kepada China menempatkan tentera dan armada angkatan laut di Kepulauan Solomon itu, yang pernah memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Kedua.

Ekoran larangan itu, kapal pengawal pesisiran Amerika, Oliver Henry, terpaksa beralih ke Papua.

Kapal angkatan laut Britain, HMS Spey, belum diberi kebenaran untuk singgah di situ. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg