Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keputusan bicara kes rasuah Suu Kyi ditangguh

Pemimpin diguling boleh dipenjara 15 tahun jika sabit kesalahan
Apr 26, 2022 | 05:30 AM



YANGON: Mahkaman junta Myanmar semalam menangguhkan keputusan pertamanya bagi perbicaraan kes rasuah terhadap pemimpin pemerintah awam yang digulingkan tentera, Cik Aung San Suu Kyi.



Demikian menurut jurucakap junta itu kepada agensi berita AFP.



Kes itu boleh meletak pemenang anugerah Nobel itu ke dalam penjara selama 15 tahun.



Cik Suu Kyi, 76 tahun, ditahan sejak rampasan kuasa tentera yang menggulingkan pemerintahnya pada Februari tahun lalu.



Rampasan kuasa tentera itu juga mengakhiri satu tempoh demokrasi yang singkat di negara Asia Tenggara itu.



Sejak itu, Cik Suu Kyi telah dikenakan pelbagai tuduhan, termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah dan penipuan pilihan raya.



Tuduhan-tuduhan itu, yang disabitkan kesemuanya, boleh meletak beliau di dalam penjara selama berpuluh tahun.



"Tidak ada keputusan hari ini" bagi perbicaraan kes rasuah di mana Cik Suu Kyi dituduh menerima rasuah wang tunai $600,000 dan bongkah emas daripada seorang bekas ketua menteri Yangon," kata jurucakap junta itu, Encik Zaw Min Tun kepada AFP.



Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butir-butir mengenai bila hukuman akan dijatuhkani.



Phyo Min Thein, anak didik Cik Suu Kyi, pada Oktober lalu memberi keterangan bahawa dia memberi wang dan emas kepadanya sebagai ganjaran bagi sokongannya.



Suu Kyi telah menolak dakwaannya, yang disiarkan secara berasingan oleh junta di televisyen nasional, sebagai "tidak masuk akal".



Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butir-butir mengenai bilakah hukuman akan dijatuhkani.



Wartawan dilarang menghadiri prosiding mahkamah khas di bandar Naypyidaw yang dikuasai tentera itu.



Para peguam Cik Suu Kyi juga dilarang bercakap kepada media.



Sebelum ini, Cik Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah melanggar peraturan Covid-19 dan mengimport alat hubungan walkie-talkie.



Tuduhan dan hukuman tersebut dilihat sebagai antara percubaan menyingkir pemimpin popular itu daripada menyertai pilihan raya yang menurut junta itu mereka rancang adakan menjelang tahun depan.



Di bawah rejim junta sebelum ini, Cik Suu Kyi diletakkan di bawah tahanan di rumah lama di kediaman ala kolonial beliau di Yangon.



Lebih 1,700 orang terbunuh dan lebih 10,000 ditangkap dalam operasi-operasi menyekat bantahan sejak rampasan kuasa itu, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >