Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

AS kerah pasukan udara bantu cari kapal selam Indo yang hilang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

AS kerah pasukan udara bantu cari kapal selam Indo yang hilang

Kru kapal selam 'KRI Nanggala 402' hanya punyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini
Apr 24, 2021 | 05:30 AM

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat telah mengerahkan pasukan udaranya bagi membantu dalam pencarian kapal selam Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) Indonesia yang hilang bersama 53 kelasi di dalamnya.

Jurucakap Pentagon, Encik John Kirby, berkata Jabatan Pertahanan Amerika amat sedih dengan tragedi kehilangan kapal selam, KRI Nanggala 402, ketika latihan di perairan Bali Rabu lalu.

"Kami bersimpati dengan kelasi terbabit dan keluarga mereka. Atas permintaan pemerintah Indonesia, kami menghantar aset udara bagi membantu carian kapal selam yang hilang itu," katanya.

Tambah beliau, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, yang merupakan mantan jeneral berbintang empat, akan menemui Ketua Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, bagi membincangkan bagaimana Amerika boleh menghulurkan bantuan.

Tompokan minyak di lokasi di mana kapal selam itu dipercayai berada menunjukkan kemungkinan berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

Kru kapal selam buatan Jerman itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini - menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

Negara-negara jiran, Singapura dan Malaysia, telah pun mengerahkan pasukan masing-masing dalam misi mencari dan menyelamat itu.

Singapura telah mengerahkan kapal MV Swift Rescue yakni kapal penyelamat kapal selam yang mengalami masalah dalam air, berserta pasukan perubatan.

Mereka dijangka tiba di lokasi hari ini.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengerahkan MV Mega Bakti dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah, yang dijangka tiba pada 3 petang esok bagi bersama-sama mengesan kapal selam yang hilang.

Selain itu, enam negara lain - Jerman, Perancis, Turkey, India dan Australia - juga menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam itu yang terputus hubungan selepas melakukan latihan penembakan torpedo.

Kedudukan terakhir ialah 23 batu di utara Pulau Bali. Kronologi kejadian ialah pada 3.46 pagi, KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo.

Pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan kapal selam itu terputus.

Bekalan oksigen kapal selam KRI Nanggala 402 hanya mampu bertahan untuk tempoh 72 jam lagi

"Dalam kondisi blackout, KRI Nanggala boleh bertahan 72 jam dengan kapasiti oksigen yang ada, dianggarkan sampai Sabtu (hari ini)," kata Ketua Staf TNI Angkatan Laut, Laksamana Yudo Margono, dalam sidang media secara Webinar yang turut disiarkan secara langsung menerusi Youtube rasmi TNI (Puspen TNI), kelmarin.

KRI Nanggala 402 seberat 1,300 tan jenis 209 diesel-elektrik adalah kapal selam penyerang yang dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.

Menurut pihak berkuasa, KRI Nanggala 402 pernah dibaik pulih pada tahun 1989 di Jerman dan kemudian pada 2012 di Korea Selatan, dengan strukturnya diganti serta dinaiktaraf ke atas sistem penggerak, sonar dan senjata.

Tentera Laut Indonesia turut memiliki kapal selam lain dengan model sama iaitu KRI Cakra bersama tiga model lain jenis 209.

Pada tahun 1993, Indonesia memperoleh 39 kapal selam terpakai daripada bekas tentera laut Jerman Timur.

Dibina pada tahun 1960-an untuk menggantikan kapal era Perang Dunia Kedua, jenis 209 tidak pernah digunakan Jerman tetapi berjaya mengeksport sebanyak 61 kapal selam jenis itu ke beberapa negara termasuk Greece, India dan Turkey.

Argentina pernah mengerahkan kapal selam jenis 209 ketika Perang Falklands menentang Britain. - AFP, Reuters, BHM.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3