Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan Malaysia umum Belanjawan $108b

Oct 29, 2021 | 06:34 PM



KUALA LUMPUR: Belanjawan 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' dan bersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan, dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion (S$107.88 bilion).



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan dokumen penting itu tepat pada jam 4.05 petang tadi, turut menggariskan tiga fokus induk yang merangkumi rakyat yang sejahtera, perniagaan berdaya tahan dan ekonomi makmur serta mampan.



Berteraskan penekanan sedemikian, katanya, kerajaan bercadang membahagikan peruntukan belanjawan tahun depan kepada empat komponen utama. 



"Ia meliputi belanja mengurus sebanyak RM223.5 bilion, RM75.6 bilion bagi belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang Covid-19 dan RM2 bilion dikategorikan sebagai simpanan luar jangka," katanya.



Selain itu, Kerajaan memperuntukkan RM11.4 bilion, yang akan disalurkan menerusi pelbagai inisiatif bagi memperkasakan agenda Bumiputera.



Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, daripada jumlah itu, RM6.6 bilion disalurkan bagi kemudahan pendidikan anak Bumiputera di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Yayasan Peneraju (PENERAJU).



Katanya, RM4.8 bilion pula diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN) dan Dana Kemakmuran Bumiputera. 



"Bajet 2022 memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diberikan keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum di negara ini," katanya dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.



Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM13 juta khas bagi memperkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.



Tengku Datuk Seri Zafrul  berkata, peruntukan itu adalah bagi memastikan sebarang bentuk keganasan dan jenayah terhadap golongan kanak-kanak dan wanita dapat dihentikan.



"Dalam perjuangan menoktahkan keganasan yang tidak manusiawi ini, kerajaan turut bersetuju mewujudkan 100 perjawatan baharu untuk Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM).



"Selain itu, kerajaan turut menambah program kesedaran komuniti berhubung keganasan wanita dan rumah tangga," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >