Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan M'sia digesa usah 'bolak-balik' tentang buka semula sekolah di tengah darurat

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Ibu bapa dan guru di Malaysia menggesa pihak berkuasa elak mengubah-ubah keputusan mereka mengenai pembukaan semula sekolah, sedang negara itu masuk minggu kedua keadaan darurat yang diisytihar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membendung penularan Covid-19.



Pada awalnya, Kementerian Pendidikan meminta sekolah dibuka semula pada 20 Januari.



Namun, dalam keputusan saat akhir Sabtu lalu, ia mengarahkan pembelajaran kelas pelajar tidak menduduki peperiksaan penting tahun ini dijalankan dalam talian.



Semua tadika berdaftar dengan kementerian itu dibenarkan terus mengadakan kelas secara bersemuka.



Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan guru keliru mengenai pelbagai peraturan yang dikenakan di negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP bersyarat.



"Tiada sesiapa mahu ini (tidak memulakan semula pembelajaran bersemuka di seluruh negara) dan keputusan ini sukar dibuat apabila anda yang harus buat keputusan," kata seorang guru yang ingin dikenali hanya sebagai Encik Ram.



"Tolonglah, mereka harus meletak diri mereka dalam keadaan pelajar sebelum membuat sebarang keputusan pada masa ini. Mereka tidak patut asyik mengubah keputusan penting sebab ia menjejas pemikiran pelajar," tambahnya.



Encik Ram juga berkata beliau tidak terkejut Kementerian Pendidikan memutuskan melaksana pembelajaran dan pengajaran di rumah di tengah-tengah keadaan sekarang.



Pengerusi Kumpulan Bertindak bagi Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka, Encik Mak Chee Kin, berkata ibu bapa tertanya-tanya bagaimana Kementerian Pendidikan minggu lalu memutuskan membenarkan pelajar di negeri di bawah PKP bersyarat dan PKP pemulihan kembali ke sekolah mulai 20 Januari, tetapi tidak bagi pelajar di negeri di bawah PKP.



Keputusan itu diubah Sabtu lalu untuk melarang semua institusi pendidikan di bawah bidang kuasanya memula pengajaran bersemuka.



Hanya pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) 2020 serta peperiksaan peringkat antarabangsa lain yang diluluskan kementerian itu dibenarkan kembali ke sekolah.



"Tidakkah mereka semak dan teroka semua pilihan dan model mereka sebelum membuat keputusan, terutamanya mengenai perkara yang menjejas keselamatan semua orang?" kata Encik Mak.



Beliau menambah bahawa meskipun pelajar daripada tingkatan satu hingga lima tidak perlu kembali ke sekolah, pelajar tingkatan enam masih perlu melakukannya.



"Ini sangat membimbangkan dengan jumlah kes tinggi buat masa ini.



"Pelajar tingkatan enam di kolej akan menghadapi masalah menjaga jarak fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard kerana mereka masih mempunyai jumlah bilik kelas yang sama dengan jumlah pelajar yang sama di dalamnya."



Dalam satu pos Facebook, Ahli Parlimen Muar yang juga mantan menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut mengulas perkara itu.



"Ibu bapa sudah membeli barang keperluan sekolah, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan membayar yuran sekolah, antara lain," katanya, sambil menambah bahawa sebilangan ibu bapa bahkan telah menghantar anak mereka ke asrama, kerana tidak tahu sekolah ditutup.



"Saya tahu kita harus menimbangkan krisis Covid. Tetapi itu bukan alasan untuk melakukan sesuatu pada saat-saat akhir, yang menimbulkan kesulitan kepada semua orang.



"Sudah hampir setahun pandemik ini merebak ke Malaysia." - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >