Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan M'sia gesa rakyat elak kunjung mengunjung sempena Ramadan ini

Apr 22, 2020 | 6:24 PM
JAGA DIRI: Kerajaan Malaysia menggesa rakyatnya agar tidak mengamalkan tradisi kunjung mengunjung pada Ramadan ini sedang negara melaksanakan kawalan pergerakan dan sempadan bagi mengekang penularan Covid-19.
JAGA DIRI: Kerajaan Malaysia menggesa rakyatnya agar tidak mengamalkan tradisi kunjung mengunjung pada Ramadan ini sedang negara melaksanakan kawalan pergerakan dan sempadan bagi mengekang penularan Covid-19. - AFP

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia hari ini mengingatkan rakyatnya untuk mengelak daripada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara sempena Ramadan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran (termasuk majlis keagamaan dan majlis keraian).

"Umat Islam di Malaysia diseru menggunakan peluang ketika Ramadan ini untuk menjalankan aktiviti dan amalan keagamaan seperti persediaan juadah berbuka puasa dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah masing-masing.

"Langkah ini dapat membantu kita menjaga dan melindungi ahli keluarga yang dikasihi terutamanya ibu bapa yang tua dan anak-anak kecil daripada dijangkiti penyakit Covid-19," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg