Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan M'sia mahu tambah RM20 bilion bagi dana tangani Covid-19

Nov 6, 2020 | 6:36 PM
Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul, menyampaikan Belanjawan 2021. - Foto Kementerian Informasi Malaysia
Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul, menyampaikan Belanjawan 2021. - Foto Kementerian Informasi Malaysia -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bercadang menambahkan lagi RM20 bilion ($6.5 bilion) kepada dana baru untuk menangani pandemik koronavirus Covid-19, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini (6 Nov).

Keputusan itu akan menambah jumlah dana Covid-19 kepada RM65 bilion untuk menampung pakej bantuan, keperluan pekerja barisan hadapan dan bagi mendapatkan vaksin, jelas Datuk Seri Tengku Zafrul semasa menyampaikan belanjawan 2021.

Belanjawan tersebut merupakan yang pertama oleh kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang mengambil alih pada Mac apabila wabak tersebut bermula.

Beliau juga berdepan dengan cabaran mendapatkan sokongan bagi belanjawan tersebut apabila Parlimen bakal mengundi pada 25 November ini. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg