Kerajaan M'sia, Pakatan Harapan tandatangan MOU kukuhkan kerjasama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan M'sia, Pakatan Harapan tandatangan MOU kukuhkan kerjasama

Sep 13, 2021 | 8:14 PM

Kerajaan M'sia, Pakatan Harapan tandatangan MOU kukuhkan kerjasama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob (duduk, keempat dari kanan) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan pada 13 September 2021. - Foto PEJABAT PERDANA MENTERI, MALAYSIA
Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob (duduk, keempat dari kanan) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan pada 13 September 2021. - Foto PEJABAT PERDANA MENTERI, MALAYSIA -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti serta mengembalikan semula kestabilan politik.

Memorandum yang terhasil daripada beberapa perbincangan di antara wakil kerajaan dan pembangkang sejak akhir bulan lalu dan dimuktamadkan serta dipersetujui semalam itu, ditandatangani secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menandatangani memorandum itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman itu berlangsung di bangunan Parlimen dan disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tawaran ini bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen. - BH Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg