Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kerajaan M'sia teliti huraian masalah tuaian berlebihan

Apr 28, 2023 | 08:31 AM



PETALING JAYA: Dengan hasil tuaian yang baik masih boleh menjadi masalah bagi petani sayur - mereka tidak boleh menjual hasil lebihan mereka atau memberikannya - kerajaan Malaysia akan meneliti mekanisme yang berkesan bagi pengguna dan penanam.



Lebihan bekalan sayur akibat cuaca baik ditambah dengan kekurangan permintaan telah menyebabkan lambakan sayur baru-baru ini, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah memutuskan untuk menangani isu itu.



Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata walaupun beliau faham petani perlu membuat keuntungan, namun beliau akan memastikan tiada isu pencatutan.



"Kementerian berperanan memastikan harga tidak dinaikkan secara berlebihan.



"Adalah baik untuk mengetahui bahawa semasa Ramadan dan Hari Raya, harga adalah terkawal."



Beliau juga menarik perhatian bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) telah membeli sayur pada harga pasaran yang lebih tinggi untuk membantu petani.



"Selepas musim Hari Raya berakhir, kita akan bertemu Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (MAFS) untuk melihat masalah yang dihadapi petani sayur bagi memastikan bekalan yang konsisten dan mengurangkan lambakan," kata Datuk Salahuddin.



Setiausaha Agung MAFS, Datuk Lokman Hakim Ali, berkata lebihan bekalan biasanya berlaku pada Ramadan, apabila permintaan lebih rendah.



Beliau menambah, kebanyakan petani mampu menjual hasil mereka, dan sayur import bukan punca lebihan bekalan.



Sementara itu, petani di Cameron Highlands mengatakan ada sebab mengapa mereka terpaksa membuang sayur yang berlebihan.



Dengan tiada pihak yang mengangkut hasil tuaian ke pasar semasa cuti Hari Raya, adalah lebih murah untuk sayur itu dibuang daripada dibawa menaiki lori menuruni bukit.



Petani menyatakan mereka yang mahukan sayur yang dibuang itu boleh datang ke tanah tinggi itu untuk mengambilnya.



Pertubuhan Peladang Sayur Cameron Highlands, yang mempunyai kira-kira 900 ahli, berkata adalah silap bagi pihak berkuasa dan orang ramai untuk menganggap pembuangan sayur berlebihan dilakukan untuk "bermain" dengan kuasa pasaran.



Presidennya, Datuk Chai Kok Lim, berkata petani mengalami kerugian besar apabila berlaku lebihan bekalan dan kekurangan permintaan.



"Anda tidak boleh menyalahkan petani. Apabila kita menanam sayur dan cuaca baik, hasil tuaian adalah tinggi.



"Namun, permintaan itu tidak ada. Apabila bekalan sayur rendah, kerajaan mahu mengawal harga, walaupun kosnya jauh lebih tinggi.



"Apabila terlalu banyak bekalan, lebih baik kita buang daripada menanggung kerugian," katanya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >