Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan M'sia tidak akan masuk campur siasatan ke atas individu dalam Kertas Pandora

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak akan menghalang tindakan pihak berkuasa terhadap mana-mana individu yang disebut dalam pendedahan Kertas Pandora berkenaan pemilikan aset kewangan luar pesisir.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai bukti pelanggaran undang-undang negara.



Katanya, pendirian itu adalah berasaskan keterbukaan kerajaan terhadap apa jua tindakan undang-undang di negara ini.



"Dalam negara (ini) kita terbuka, kalau didapati ada kes terhadap sesiapa pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Kita terbuka dan serah kepada pihak berkuasa.



"Pihak berkuasa baca semua, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baca, semua baca berita yang dikeluarkan.



"Justeru, terserah kepada pihak berkuasa, kita tidak menyekat tindakan daripada pihak berkuasa kepada sesiapa, tetapi mesti ada bukti. Kalau tak ada bukti, tak bolehlah," katanya.



Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, semalam.



Baru-baru ini, media melaporkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah antara nama disebut dalam pendedahan Kertas Pandora kerana mempunyai akaun luar pesisir.



Pada Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang untuk memantau dan menyiasat dokumen terkandung di dalam Kertas Pandora yang membabitkan individu di negara ini.



Katanya, BNM sebagai pihak berkuasa berwibawa sentiasa bersedia bekerjasama dan memanjangkan sokongan kepada agensi terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta yang berkaitan.



"Pemantauan berterusan, kalau ada mencurigakan, sentiasa dibuat agensi penguatkuasa undang-undang dan agensi pengawal selia Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).



"Maka kalau ada sebarang isu yang timbul, inilah agensi yang bertanggungjawab. Kalau ada perkara yang perlu disiasat, BNM sentiasa sedia bekerjasama," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat.



Beliau menjawab persoalan berkenaan Kertas Pandora dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan RUU terbabit.



Sebelum ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menjelaskan beliau tidak pernah melakukan cubaan mengelak cukai walaupun memiliki akaun luar pesisir.



Presiden Umno itu berkata, akaun luar pesisir miliknya di British Virgin Islands (BVI) dibuka ketika beliau melakukan pelaburan di China pada 1993.



Selain itu, katanya, pembukaan akaun luar pesisir itu dibuat sebelum beliau menceburi politik peringkat nasional, mahupun menjadi Ahli Parlimen.



"Ketika itu pelaburan dibuat di China dan sila rujuk kepada 'Hansard' (catatan Parlimen) saya. Diharap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan lain jangan ada buruk sangka terhadap saya kerana saya tidak akan melarikan cukai.



"Malah, wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), jika ada ketika itu.



"Namun syarikat itu telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan dibuat di China dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham, manakala pinjaman telah dibayar kepada institusi kewangan yang terbabit," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >