Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerajaan PH tumbang, Mahathir dilantik perdana menteri sementara

Ini menyusuli Mahathir letak jawatan selepas satu parti komponen dan 11 wakil PKR keluar PH
Feb 25, 2020 | 05:30 AM



TUN Dr Mahathir Mohamad kini Perdana Menteri sementara Malaysia, perkembangan terbaru dalam kemelut politik di Malaysia yang bermula sejak kelmarin.



Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri lebih awal dari itu, dengan Pakatan Harapan (PH), gabungan parti yang membentuk kerajaan Malaysia, kehilangan majoriti untuk membentuk kerajaan pusat, semalam.



Malam tadi, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah, bersetuju untuk menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.



Bagaimanapun, Sultan Abdullah juga bersetuju untuk melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim sementara menunggu pelantikan perdana menteri baru.



"Selaku perdana menteri interim, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri dan ahli Kabinet yang baru dibentuk," kata ketua setiausaha negara itu dalam satu kenyataan.



Berita Harian (BH) difahamkam, kerajaan PH yang berusia 22 bulan sudah pun tumbang dan dipercayai akan digantikan dengan kerajaan baru.



PH yang sebelum ini membentuk kerajaan dengan 139 kerusi menerusi komposisi empat parti komponen dengan sokongan parti dari Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, kini hanya mempunyai 102 kerusi.



Peletakan jawatan Dr Mahathir menyaksikan BERSATU dan 11 Anggota Parlimen (AP) Parti Keadilan rakyat (PKR) keluar kerajaan PH itu.



Ketika akhbar ini dicetak, masih tiada pengumuman rasmi mengenai hala tuju kerajaan Malaysia.



Beberapa menteri Kabinet telah mengucapkan penghargaan dan terima kasih mereka kerana diberi kepercayaan menerajui kementerian masing-masing.



Namun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kerajaan Malaysia yang ditadbir PH masih 'berjalan' seperti biasa; menolak dakwaan PH sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat dan mengutuk perbuatan khianat pemimpin PH yang cuba menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang.



Beberapa AP Umno dan PAS telah menemui Agong bersama-sama Dr Mahathir.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata:



"Ya kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (Ahli Parlimen)."



Agong mempunyai peranan dalam pembentukan kerajaan terutamanya memastikan Perdana Menteri yang dipilih mendapat sokongan majoriti 222 ahli Dewan Rakyat.



Parti memerintah memerlukan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.



Semalam juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui Agong.



Datuk Anwar turut merayu kepada Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan menyifatkan pertemuannya dengan Dr Mahathir pada sebelah pagi adalah positif.



Dr Mahathir menemui Agong dipercayai untuk membentuk susunan gabungan baru dan ada yang menggelarkannya Pakatan Nasional dipercayai membabitkan parti BERSATU, Umno, PAS, sebahagian PKR (pengikut Datuk Seri Azmin Ali) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).



Penganalisis setempat, Zamil di Institut Iseas-Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, memberikan senario berbeza kerana DAP dan Datuk Anwar telah menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir serta parti-parti Sarawak dan Sabah mungkin memainkan peranan sebagai 'king maker'.



Isu perubahan politik kembali menarik perhatian sejak mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu dilaporkan hangat membincangkan peralihan kuasa Perdana Menteri.



Kelmarin pula muncul spekulasi mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan baru dengan kewujudan gabungan parti politik berbeza daripada yang sedia ada.



Profesor Madya Eugene Tan, daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU), memberitahu akhbar ini bahawa kejatuhan PH akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.



"Saya jangka pilihan raya akan dijalankan jika kerajaan gabungan tidak dapat dibentuk,'' ujar Encik Tan.



Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata pula menjangkakan Dr Mahathir akan kembali menjadi Perdana Menteri tetapi mengikut syarat yang ditetapkan oleh Dr Mahathir.







Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >