Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta api hubungkan KL dan Kelantan dirancang

Oct 19, 2016 | 10:47 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia merancang membina laluan kereta api sepanjang 600 kilometer menghubungkan Tumpat di utara Kelantan ke Kuala Lumpur, melalui Pahang dan Terengganu, yang tidak mempunyai rangkaian kereta api pada masa ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Hubungan Rel Pantai Timur itu akan menjadi mangkin bagi pertumbuhan seterusnya di tiga negeri timur Malaysia itu.

"Ini akan merangsang gelombang baru pembangunan untuk merealisasikan potensi sosio-ekonomi Pantai Timur," kata beliau dalam majlis pelancaran sebuah mesyuarat mengenai pengangkutan darat pada Isnin (17 Okt), lapor akhbar New Straits Times (NST).

Projek kereta api itu sebahagian daripada rancangan berterusan lebih besar untuk merangsang ekonomi negeri-negeri tersebut di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

"Ia akan menjadi infrastruktur pengangkutan tulang belakang bagi ECER," kata Datuk Seri Najib.

Beliau, bagaimanapun, tidak menyebut tentang kos atau tarikh permulaan projek itu, yang dicetuskan sedang Malaysia berusaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan kejatuhan harga minyak dan gas dan kelembapan eksport minyak sawit.

Malaysia negara pengeksport komoditi.

Pentadbiran Najib antara lain sedang membina sistem MRT menelan belanja RM22 bilion ($7.3 bilion) dengan 68 stesen di Greater Kuala Lumpur, yang dijangka siap secara bertahap tahun depan.

Julai lalu, ia menyiapkan projek pengembangan sistem LRT di Greater Kuala Lumpur, yang menelan belanja RM8 bilion, dengan menambah 25 stesen, menjadikan jumlah penuh 110.

Satu lagi projek yang akan datang ialah kereta api kelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan ke Singapura.

Kereta api KL-Tumpat yang dicadangkan itu akan melalui Kuantan, ibu negeri Pahang, dan Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu, menurut peta yang diterbitkan oleh NST. Ia seterusnya bergerak ke utara, ke Kota Baru, ibu negeri Kelantan, sebelum berakhir di Tumpat.

Perjalanan itu mengambil masa kira-kira enam jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >