Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta dihempap pokok, tiga beranak maut

Aug 08, 2023 | 01:57 PM



KOTA BHARU: Suasana sayu menyelubungi kawasan kemalangan yang membabitkan tiga beranak maut, dua cedera dan lima selamat dalam kejadian dua kenderaan dihempap pokok di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, pada malam Sabtu.

Ini berikutan, mangsa wanita ditemui dalam keadaan sedang meriba anak bongsunya yang berusia lima tahun.

Mangsa, Cik Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 tahun dan anak, Nik Aishah Azzahra, 5 tahun, serta suami, Encik Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 tahun yang menaiki kereta jenis Nissan Sentra meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala dua anak mereka, Nik Adilia Zulaikha, 11 tahun, dan Nik Adam Zarif, 9 tahun, yang berada di tempat duduk belakang cedera dan dibawa ke Hospital Machang.

Sebuah lagi kereta jenis Honda City dipandu Encik Shamsiemon Mukhtar, 53 tahun, bersama isteri, Cik Jahnilawati Mohd Zain, 52 tahun dan tiga anak, Muhammad Aliff, 26 tahun, Muhammad Aiman, 23 tahun, dan Isyatul Amalin, 20 tahun, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Encik Mohd Roslan Omar berkata, pihaknya mengambil masa sekitar 45 minit untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit.

Katanya, keadaan pilu dirasakan semasa usaha mengeluarkan mangsa wanita yang didapati sedang meriba anaknya di tempat duduk hadapan kereta.

“Difahamkan wanita itu juga sedang mengandung, selepas mengeluarkan mangsa, kita dapati ketiganya sudah meninggal dunia.

“Bomba mengambil masa dua jam setengah untuk mengeluarkan mangsa, memotong pokok dan kerja-kerja pembersihan membabitkan 10 anggota, satu jentera dan dua jengkaut,” katanya.

Beliau memaklumkan pokok yang menghempap dua kenderaan itu setinggi 50 meter dan sebesar dua pemeluk tumbang akibat ribut dan hujan lebat.

Tambah Encik Roslan, operasi turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Bahagian Trafik Balai Kok Lanas, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang ramai yang membantu memotong dan mengalihkan potongan pokok. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >