Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta rempuh orang ramai: 1 maut, 12 cedera di Berlin

Polis sedang siasat sama ada kejadian satu serangan atau kemalangan
Jun 09, 2022 | 05:30 AM



BERLIN: Sebuah kereta merempuh orang ramai di bahagian barat Berlin semalam, membunuh seorang individu dan menyebabkan lima mengalami kecederaan mengancam nyawa, kata jurucakap bomba daerah ibu kota Jerman itu, yang popular dengan pelancong dan pembeli-belah.



Lebih 12 orang cedera, kata jurucakap polis di tempat kejadian, yang terletak bersebelahan Gereja Memorial Kaiser Wilhelm yang musnah akibat peperangan - salah satu mercu tanda paling terkenal Berlin.



"Seorang lelaki dipercayai memandu ke arah sekumpulan orang ramai. Belum diketahui apakah ia satu kemalangan atau perbuatan disengajakan," kata polis, sambil menambah bahawa pemandu kereta itu ditahan di tempat kejadian.



"Kami kini berada di tempat kejadian dengan sekitar 130 anggota kecemasan," tambah polis.



"Kenderaan itu, sebuah kereta kecil, telah ditahan di lokasi."



Penyiasat sedang meneliti apakah kejadian itu satu serangan yang disengajakan atau kemalangan dengan sebab perubatan, kata jurucakap polis.



Selimut menutupi apa yang kelihatan seperti mayat dalam kawasan yang dikepung dan dikawal oleh polis, menurut gambar agensi berita Reuters.



Sebuah kereta Renault kecil berwarna perak dilihat berada di dalam sebuah kedai selepas melanggar cermin tingkap.



Encik John Barrowman, seorang pelakon yang berada di tempat kejadian, memberitahu agensi berita Sky News di United Kingdom:



"Saya melihat seorang wanita dimasukkan ke dalam ambulans... kelihatan seperti mereka sedang cuba menyedarkan semula seseorang."



Tapak itu, di lorong beli-belah berhampiran restoran McDonald's, telah dikepung. Helikopter turut dilihat terbang di atas.



Pekerja penyelamat memindahkan orang yang kelihatan sedar di atas pengusung ke arah ambulans, termasuk seorang wanita yang duduk dan seorang lagi yang menutup mukanya dengan tangannya, gambar Reuters menunjukkan.



Kejadian itu berlaku berhampiran tempat satu kejadian serangan maut pada 19 Disember 2016, apabila Anis Amri, seorang warga Tunisia yang gagal mencari suaka dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Islamis, merampas trak, membunuh pemandunya dan kemudian merempuh pasar Krismas di barat Berlin yang sesak, membunuh 11 orang dan mencederakan berpuluh.



Jerman menyaksikan beberapa serangan sedemikian sejak serangan maut 2016 itu, dengan kebanyakannya dilakukan oleh orang yang didapati mempunyai masalah psikologi.



Pada Disember 2020, seorang lelaki Jerman merempuh keretanya melalui jalan beli-belah pejalan kaki di barat daya bandar Trier, membunuh empat orang dewasa dan seorang bayi.



Awal tahun yang sama, seorang lelaki Jerman merempuh keretanya melalui satu perarakan karnival di bandar Volkmarsen, mencederakan berpuluh-puluh orang, termasuk kanak-kanak.



Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tahun lepas.



Pada Januari 2019, seorang lagi warga Jerman mencederakan lapan orang apabila dia memandu ke arah orang ramai pada malam Tahun Baru di bandar barat Bottrop dan Essen.



Dia kemudian diletak di bawah penjagaan psikiatri.



Pada April 2018, seorang lelaki Jerman merempuh vannya ke arah orang ramai yang duduk di luar sebuah restoran di bandar Muenster, membunuh lima orang sebelum menembak mati dirinya sendiri.



Penyiasat kemudian berkata dia mempunyai masalah kesihatan mental. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >