Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kereta sapu Johor jadi pilihan pengangkutan JB-S'pura

Apr 23, 2015 | 02:23 PM



JOHOR BAHRU: Pendapatan lumayan hasil kenderaan yang dipajak mendorong individu termasuk berjawatan pengarah jabatan kerajaan dan pegawai polis menjadikan kereta mewah mereka sebagai kereta sapu ke Singapura.


Tambang dikenakan antara $100 hingga $160 ketika hari biasa dan $300 hingga $350 pada hari puncak iaitu Sabtu dan Ahad membolehkan pemilik kenderaan meraih pendapatan hampir RM10,000 sebulan ($3,724).


Difahamkan, pendapatan diraih itu keuntungan bersih selepas ditolak upah pemandu, komisen syarikat menguruskannya dan ansuran bulanan kenderaan.


Menurut sumber, permintaan tinggi terhadap kereta sapu untuk membawa penumpang ke republik itu juga menyebabkan ada syarikat menguruskan sehingga 200 kereta sapu untuk beroperasi di sekitar bandar raya ini.


Katanya, kebanyakan kenderaan dipajakkan pemilik kepada syarikat untuk menguruskan kereta sapu terbabit, terdiri kenderaan pelbagai guna (MPV) seperti Toyota Vellfire, Hyundai Grand Starex, Nissan Serena dan Toyota Alphard.


"Khidmat kereta sapu ini didakwa menjadi pilihan orang ramai terutamanya warga negara jiran atau pelancong asing yang mahu ke Singapura atau sebaliknya kerana menyediakan kenderaan lebih selesa serta mewah.


"Selain itu, kereta sapu juga menyediakan perkhidmatan hingga ke rumah atau destinasi mengikut kemahuan penumpang berbanding teksi biasa yang hanya ke terminal di Jalan Rochor, Singapura," katanya.


Menurutnya, selain menawarkan perkhidmatan dari negara jiran ke bandar raya ini mengikut perjalanan sehala, ada juga kereta sapu mengambil penumpang dengan kadar sewa harian.


Katanya, kebanyakan yang mengambil sewa harian itu ke tempat peranginan di sekitar Johor termasuk taman tema dan pantai di Mersing.


"Kereta sapu turut menjadi pilihan syarikat atau kilang yang beroperasi di sekitar bandar raya ini, Pasir Gudang dan kawasan berhampiran.


"Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan syarikat atau kilang beroperasi di kededua negara terutamanya di Johor Bahru dan Singapura," katanya lagi. - Harian Metro.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >