Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerjasama PH, Umno dalam pilihan raya masa depan akan dibincang

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



KAJANG: Soal kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan beberapa lagi siri pilihan raya berkemungkinan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Sabtu ini.



Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya percaya perkara itu akan dibincangkan termasuk post mortem Pilihan Raya Umum (PRU15) baru-baru ini.



Selain itu, Datuk Saifuddin berkata mesyuarat juga dijangka turut menyentuh mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri yang dijangka berlangsung kurang enam bulan mendatang.



"Majlis Presiden PH akan adakan mesyuarat pertama tahun ini pada 7 Januari sekitar 4 petang di pejabat Keadilan. Saya percaya perkara itu (kerjasama PH dan BN) akan dibincangkan.



"Kita akan berikan tumpuan kepada PRN enam negeri dan kesemua ini akan dibincangkan pada 7 Januari," katanya ketika sidang media selepas hadir lawatan rasmi di Penjara Kajang pada kelmarin.



Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, berhubung kerjasama itu pada Isnin.



Menurut Encik Lim, susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, ia dengan sendirinya akan membawa kepada kerjasama di peringkat negeri - sama seperti di Perak dan Pahang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >