Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerosakan teruk ekoran letupan gunung berapi di Tonga sukarkan usaha menyelamat

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Kepulauan Tonga dilaporkan mengalami rosak teruk terutamanya di pantai barat hampir terputus hubungan daripada seluruh dunia semalam selepas letupan gunung berapi besar-besaran melumpuhkan komunikasi dengan negara kepulauan Pasifik itu.



Bahkan pakar memberi amaran sambungan Internet mungkin tidak sepenuhnya dapat dipulihkan sehingga beberapa minggu.



Menteri Australia bagi Pembangunan Antarabangsa dan Pasifik, Encik Zed Seselja, berkata pegawai Tonga merancang menyelamatkan warga dari luar kepulauan "di mana mereka mengalami kesukaran, dan apa yang kami fahami, banyak rumah musnah akibat tsunami", tukil agensi berita Reuters.



Ia susulan letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Haa'pai berlaku sejak tiga hari lalu menyelubungi Tonga dengan lahar, mencetuskan tsunami di seluruh Pasifik dan mengakibatkan berlaku gelombang kuat di seluruh bumi.



Bagaimanapun, negara jiran dan agensi antarabangsa berusaha untuk cuba menilai skala kerosakan, termasuk Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, yang kelmarin menyatakan letusan itu mengakibatkan 'kerosakan teruk'.



Wellington dan Canberra pula dilaporkan bergegas menggerakkan pesawat peninjau dalam usaha mengetahui kerosakan dari udara semalam dengan kedua-duanya bersiap sedia meletakkan pesawat pengangkut tentera C-130 untuk menggugurkan bekalan kecemasan atau mendarat jika landasan dibenarkan beroperasi.



Apa yang diketahui ialah letupan gunung berapi pada Sabtu lalu mengakibatkan kerosakan serius ibu kota Nuku'alofa yang dilitupi abu dan memutuskan kabel komunikasi dasar laut yang dijangka mengambil masa dua minggu untuk dipulihkan.



Letusan itu direkodkan di seluruh dunia dan kedengaran hingga ke Alaska, mencetuskan tsunami yang membanjiri pantai Pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat (AS).



"Kami tahu air adalah keperluan mendesak," kata Ardern kepada pemberita sambil menyatakan New Zealand bergantung pada telefon satelit untuk berkomunikasi dengan negara kepulauan itu yang menempatkan kira-kira 100,000 penduduk.



Katanya, pesawat peninjau itu akan membantu memberi khidmat nasihat kepada kerajaan Tonga mengenai skala kerosakan gunung berapi dan tsunami, selain membantu mengenal pasti keperluan bantuan.



Beliau juga memaklumkan sudah menghubungi Kedutaan New Zealand di Tonga dan diberikan taklimat bagaimana bot dan 'batu besar' terdampar di utara Nuku'alofa.



Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Wellington, memaklumkan negara kepulauan itu berjaya memulihkan kuasa di 'bahagian besar' bandar terbabit.



Komunikasi yang lumpuh menyebabkan warga Tonga di luar negara terdesak untuk mengikuti perkembangan letusan serta keadaan orang tersayang.



Sementara itu, menurut Pengarah Rangkaian Southern Cross Cable Network, Encik Dean Veverka, kepada agensi berita AFP, Internet Tonga mungkin kekal tidak berfungsi sehingga dua minggu.



"Kami menerima maklumat tidak jelas namun yang pasti, kabel sudah dipotong. Ia akan mengambil masa sehingga dua minggu untuk dipulihkan. Kapal pemasangan kabel terdekat adalah di Port Moresby," katanya yang merujuk kepada ibu negara Papua New Guinea terletak lebih 4,000 kilometer dari Tonga.



Southern Cross membantu Tonga Cable Limited yang memiliki kabel sepanjang 872 kilometer yang menghubungkan negara pulau itu dengan Fiji serta ke seluruh dunia.



Tonga sebelum ini terputus hubungan dengan dunia luar selama dua minggu pada 2019 apabila sauh kapal memotong kabel dan perkhidmatan satelit kecil yang dikendalikan syarikat tempatan bertujuan memberikan hubungan yang minimum dengan dunia luar. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >