Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerugian $2b akibat bah di M'sia

Jan 18, 2022 | 5:30 AM
BERSIHKAN RUMAH MANGSA: Beberapa orang sedang membantu membersihkan barangan di sebuah rumah yang terjejas ekoran banjir besar di Shah Alam, Selangor, bulan lalu. - Foto AFP
BERSIHKAN RUMAH MANGSA: Beberapa orang sedang membantu membersihkan barangan di sebuah rumah yang terjejas ekoran banjir besar di Shah Alam, Selangor, bulan lalu. - Foto AFP -

SEPANG: Kerajaan Malaysia menganggarkan kerugian awal akibat banjir di 50 daerah di seluruh negara bulan lalu mencecah RM6.5 bilion ($2.1 bilion), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), banjir itu menyebabkan kerosakan tempat kediaman, premis perniagaan, kenderaan, pertanian, pembuatan serta aset awam dan infrastruktur.

Kerugian antara RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion itu membabitkan satu pertiga daripada 160 daerah terjejas, dengan RM2 bilion merangkumi kerosakan struktur awam, katanya pada satu sidang media semalam, lapor Berita Harian Malaysia.

Menurut Datuk Mustapa, kerajaan sudah memulakan perancangan proses baik pulih, dengan pembaikan struktur awam dan pembinaan semula rumah sudah dimulakan, dan keluarga terjejas sama ada menerima RM1,000.

Selain itu, bantuan RM2,500 disalur kepada setiap keluarga untuk menggantikan perabot dan kelengkapan lain serta RM500 bagi kelengkapan elektrik. Mangsa yang mengalami kerosakan rumah kurang RM5,000 juga akan mendapat bantuan.

"Bagi kediaman yang musnah sepenuhnya, kerajaan putuskan untuk membina semula dan yang rosak akan dibaiki. Untuk perniagaan pula, kerajaan menyediakan pinjaman tanpa faedah," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg