Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kerusi Parlimen Gombak: Anwar, Azmin terus berbalah

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus berbalah mengenai siapa yang akan bertanding di kerusi parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Datuk Anwar mengulangi pendiriannya dengan menyindir Datuk Azmin berhubung perbalahan terbaru mereka dengan menyatakan kenyataan Datuk Azmin harus diabaikan.



Pada majlis pelancaran pemilihan PKR Cabang Bandar Tun Razak lewat malam kelmarin, Datuk Anwar berkata beliau menyerahkan keputusan siapa yang akan bertanding di Gombak untuk pilihan raya umum akan datang kepada partinya.



"Saya tidak fikir kita harus melayan, kita harus bekerja dan kemudian biarkan parti memutuskan apa yang terbaik untuk mereka," kata Datuk Anwar, ketika disoal pemberita berhubung komen Datuk Azmin mengenai perkara itu.



Datuk Azmin pada Ahad lalu yang mencabar Datuk Anwar bertanding di Parlimen Gombak pada PRU-15.



Respons Datuk Anwar itu susulan kenyataan Datuk Azmin mencabar individu yang disifatkannya sebagai "sudah tidak lagi relevan dalam politik" untuk bertanding di Parlimen Gombak.



Datuk Azmin tidak menamakan individu terbabit, namun kenyataannya dipercayai ditujukan kepada ketua pembangkang itu yang juga bekas "bosnya" ketika dalam PKR.



Tidak mengulas lanjut mengenai cabaran Datuk Azmin, Datuk Anwar meminta Ahli Parlimen Gombak itu menjaga kawasannya ketika ini.



Ini kerana Datuk Azmin diyakini berdepan tugas sukar mempertahankan kerusi disandangnya dalam PRU15.



Justeru, Datuk Anwar meminta Datuk Azmin menumpukan kepada usaha menjaga kawasannya itu berbanding sibuk mencabar pihak lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak.



"Sibuk dengan dia apa pasal? Dia jaga kawasan dia, tidak mudah bagi dia (mempertahankan kerusi Parlimen Gombak)," kata Datuk Anwar ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku SCRIPT - For A Better Malaysia, kelmarin.Ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor di Shah Alam Ahad lalu, Datuk Azmin menegaskan dirinya "anak jantan" dan menjemput individu itu "menghantar" isteri atau anaknya bertanding di kerusi disandangnya pada PRU15.



"Ada orang sudah minat nak datang Gombak, silakan… Gombak terbuka, saya anak jantan. Silakan hendak hantar isteri pun boleh, anak pun boleh, kalau berani hantar diri sendiri," kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu.



Datuk Azmin merujuk kenyataan Datuk Anwar pada Rabu lalu sebelum ini yang memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15, sebaliknya mahu bertanding di kerusi Parlimen yang disandang 'pengkhianat' PKR dan Pakatan Harapan (PH).



Datuk Azmin yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu membuat kenyataan itu susulan Datuk Anwar pada Rabu lalu menyatakan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15 yang disandang bekas timbalannya itu.



Sebelum ini, Datuk Azmin yang bertanding di Parlimen Gombak atas tiket PKR pada PRU14, keluar parti dan menyertai Bersatu.



Turut mengikut jejak Datuk Azmin ialah bekas Naib Presiden PKR, Cik Zuraida Kamaruddin; Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Datuk Kamaruddin Jaffar; Datuk Mansor Othman; Datuk Rashid Hasnon; Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Encik Ali Biju, Encik Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Encik Jonathan Yasin.- Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >