Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes 1MDB: Anwar minta Goldman Sachs buat pembayaran

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menuntut Goldman Sachs Group Inc menghormati penyelesaiannya dengan kerajaan Malaysia atas peranan dalam skandal 1MDB, dengan mengatakan firma Wall Street itu tidak seharusnya menggunakan kekuatan kewangannya untuk menentukan syarat.



Penyalahgunaan dana negara berdaulat boleh berlaku kerana berlakunya tindakan subahat daripada institusi seperti Goldman Sachs, kata Datuk Anwar kepada Bloomberg Television dalam wawancara pertamanya dengan media antarabangsa sejak menjadi perdana menteri November lalu.



"Rayuan saya ialah agar mereka menyelesaikan perjanjian ini dengan Malaysia kerana 1MDB dikenali di seluruh dunia," kata Datuk Anwar kelmarin di Singapura, lapor The Star.



"Ia ada dalam rekod dan saya fikir Goldman Sachs harus tampil bersih dan berurusan dengan Malaysia."



Dana pembangunan negara 1MDB menjadi pusat skandal berbilion dolar yang mencetuskan siasatan di Asia, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.



Goldman Sachs pada 2020 mengakui peranannya dalam kes rasuah asing terbesar dalam sejarah penguatkuasaan AS, dan kemudian mencapai pelbagai penyelesaian antarabangsa bernilai berbilion dolar untuk menamatkan siasatan terhadap pengumpulan dana buat 1MDB.



Kerajaan Malaysia pada 2018 menumpukan perhatiannya kepada Goldman Sachs kerana peranannya dalam mengumpul AS$6.5 bilion pada 2012 dan 2013 untuk 1MDB.



Bon itu dikatakan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan semula tetapi semua wang itu, kecuali AS$2 bilion, dialihkan untuk membayar rasuah kepada pegawai kerajaan, kata pendakwa raya persekutuan AS.



Pihak berkuasa menghabiskan masa bertahun-tahun menjejaki dana yang didakwa dikeluarkan daripada 1MDB bagi pembelian bahan seni mewah dan hartanah, kapal layar mewah dan filem popular Hollywood The Wolf of Wall Street.



Penyelesaian yang diumumkan pada Julai 2020 meminta Goldman Sachs membayar AS$2.5 bilion sambil menjamin pemulangan AS$1.4 bilion aset 1MDB yang dirampas pihak berkuasa di seluruh dunia, sebagai pertukaran bagi Malaysia menggugurkan tuduhan terhadap bank itu.



Goldman juga mesti membuat pembayaran interim sekali sebanyak AS$250 juta jika Malaysia belum menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022, menurut bank itu.



Namun, kedua-duanya tidak bersetuju sama ada kerajaan Malaysia telah menerima hasil AS$500 juta menjelang tarikh akhir Ogos itu, kata Goldman Sachs dalam satu pemfailan tahun lalu.



"Memandangkan berlakunya perjanjian yang adil, kita sepatutnya dibayar lebih daripada itu, yang saya berhasrat untuk berurusan dengan mereka jika perkara ini tidak diselesaikan secara baik," kata Datuk Anwar.



"Ia bukan niat saya - saya baru dalam permainan ini. Saya hanya mahu menyelesaikan kes lama, dalam erti kata komitmen lama yang telah kita buat. Kita perlu teruskan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >