Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes 1MDB: Jabatan Keadilan AS capai penyelesaian dengan Jho Low

Nov 01, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian dengan Low Taek Jho atau Jho Low, di atas peranannya dalam saga yang membawa kepada keruntuhan dana negara Malaysia 1MDB.



Di bawah perjanjian itu, pihak berkuasa Amerika bersetuju bahawa semua pertikaian yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dianggap selesai, sementara Jho Low akan menyerahkan tuntutan terhadap pelbagai aset.



Penyelesaian itu menegaskan bahawa tidak ada pengakuan bersalah di pihak Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengannya.



Difailkan di mahkamah daerah Amerika di California kelmarin, perjanjian itu menyatakan bahawa DOJ dan pihak yang dikaitkan dengan Jho Low telah mencapai "satu perjanjian komprehensif global yang selama-lamanya menyelesaikan secara keseluruhannya" pertikaian undang-undang bagi kes rampasan aset pentadbiran, jenayah dan sivil berterusan yang berkaitan dengan skandal 1MDB.



"Dengan penyudahan penyelesaian ini, bersama dengan pelupusan terdahulu kes-kes perampasan berkaitan yang lain, Amerika akan mendapat semula atau membantu mendapatkan semula lebih AS$1 bilion (S$1.36 bilion) dalam bentuk aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram antarabangsa 1MDB dan skim sogokan," kata DOJ dalam satu kenyataan.



Ia menambah penyelesaian itu "melambangkan pemulihan terbesar setakat ini di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi Jabatan itu dan perampasan sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh Jabatan Kehakiman."



Peguam Amerika Nicola T. Hanna dari Daerah Pusat California juga ditukil dalam kenyataan DOJ sebagai berkata bahawa "mesej dalam kes ini adalah mudah: Amerika Syarikat bukanlah tempat selamat bagi dana yang dicuri. Kawalan antipengubahan wang haram kami yang ketat adalah berkesan, dan kami akan merampas aset yang digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan keuntungan yang diperolehi secara haram".



Jho Low secara berasingan menghadapi tuduhan di daerah timur New York kerana berkonspirasi untuk mengubah berbilion dolar yang digelapkan dari 1MDB dan kerana berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA).



DOJ menyatakan bahawa perjanjian penyelesaian itu tidak membebaskan mana-mana entiti atau individu daripada tuduhan jenayah yang berkemungkinan atau difailkan.



Tetapi, ia menambah tuduhan di New York dalam pendakwaan hanyalah tuduhan, dan defendan dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah di mahkamah undang-undang.



Perjanjian perampasan aset dengan mahkamah daerah California menyatakan bahawa Low dan pihak berkaitan dengannya akan mengetepikan hak mereka bagi sekumpulan aset bernilai kira-kira AS$1 bilion, yang didakwa diperoleh dengan dana berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada tuntutan perampasan sivil yang difailkan di mahkamah Amerika oleh DOJ antara 2016 dan 2017. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >