Topik diikuti
Pergi ke BHkuJho Low sedia bantu siasatan
Premium
Jho Low sedia bantu siasatan
Jun 8, 2018 | 5:30 AM
Jho Low sedia bantu siasatan
ENCIK LOW TAEK JHO: Digambarkan beberapa penyiasat global sebagai tokoh utama di sebalik beberapa skim melibatkan dana hilang daripada 1MDB, namun beliau menafikan sebarang salah laku. - Foto fail THE STAR -
PETALING JAYA: Peniaga Low Taek Jho, yang tidak diketahui di mana beliau berada, mengeluarkan kenyataan melalui jurucakap bahawa peguamnya akan menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk membantu dalam siasatan dana kerajaan yang dilanda skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengeluarkan notis meminta Encik Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dan Encik Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, pengarah SRC International Sdn Bhd, yakni bekas anak syarikat 1MDB, tampil membantu siasatan kes berkaitan syarikat itu.
