Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes 1MDB: M'sia, China runding ekstradisi Jho Low

Apr 22, 2023 | 4:30 PM
- Foto
- Foto - FAIL

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan China bagi mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Pengarang bersama buku "Billion Dollar Whale" mengisahkan saga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Bradley Hope, yang memetik sumber berkata bahawa rancangan itu sedang dibincangkan oleh kerajaan berikutan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, bulan lalu.

Hope dalam laman web khusus untuk menjejaki Jho Low di sebalik skandal berbilion dolar itu, berkata perkembangan terbabit adalah sesuatu yang besar, menarik dan menandakan berakhirnya jalan cerita utama skandal itu.

Hope yang memetik sumber, berkata Jho Low menjadi "liabiliti terburuk" kepada China selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kalah dalam pilihan raya 2018.

"Sumber turut mendakwa bahawa perjanjian itu akan membolehkan Malaysia menerima semua wang yang dicuri daripada 1MDB bersama aset lain yang dikaitkan dengan dana kekayaan negara.

Tambahnya, rancangan itu akan mengekstradisi Jho Low ke Malaysia dan membebaskan China daripada dakwaan terbabit dalam perjanjian dengan ahli perniagaan itu untuk menutup skandal 1MDB.

"Ini adalah perjanjian yang perlu kendalikan dengan bijaksana dan mencabar untuk diselesaikan. Saya membayangkan bahawa kedua-dua pihak (Malaysia dan China) ingin perkara ini menjadi pengumuman yang positif," katanya.

Jho Low, yang turut didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) membabitkan skandal 1MDB, dipercayai berada di Macau, yang mana China menafikan menyembunyikan pelarian itu.

Bulan lalu, beliau dihukum penjara 10 tahun secara absentia oleh Mahkamah Kuwait atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Tahun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengulangi komitmen beliau untuk memburu Jho Low dan membawanya pulang bagi menghadapi tuduhan dikenakan terhadap ahli perniagaan berkenaan. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg