Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Kes 1MDB: M'sia runding dengan negara lain percepat usaha bawa pulang Jho Low

May 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia sedang berunding dengan beberapa negara lain untuk mempercepatkan usaha membawa pulang Low Taek Jho ke negara itu supaya dia boleh menghadapi tuduhan jenayah atas peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Mendedahkan demikian pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata negara lain sedang bekerjasama dengan usaha Malaysia untuk menjejaki Low, satu proses yang beliau sifatkan sebagai rumit.



"Ia melibatkan beberapa negara lain, ia melibatkan khidmat perisikan, Interpol," kata Datuk Anwar kepada wartawan selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur.



Beliau tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam rundingan itu, mahupun mengesahkan keberadaan Low, lapor The Star.



Lebih dikenali sebagai Jho Low, ahli perniagaan itu kali pertama didakwa, secara tanpa kehadirannya, pada 2018 oleh mahkamah Malaysia atas lapan tuduhan pengubahan wang haram lalu mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.



Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat pula telah menuduh Low mencuri AS$1.42 bilion ($1.88 bilion) daripada tiga transaksi bon yang diatur Goldman Sachs bagi pihak dana pengurusan kewangan Malaysia.



Satu mahkamah Malaysia berasingan pada 2020 menyatakan Low memainkan peranan penting dalam memindahkan 42 juta ringgit ($12.5 juta) daripada bekas unit 1MDB kepada akaun bekas perdana menteri Najib Razak.



Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di atas jenayahnya berkaitan 1MDB, dan menghadapi beberapa perbicaraan lain.



Pada Jumaat, Datuk Anwar mengulangi komitmen kerajaannya untuk membawa pulang Low.



"Itulah kedudukannya dan kami sangat tegas sejak hari pertama," katanya.



Pada 2020, Low telah membuat perjanjian dengan pendakwa raya Amerika untuk menyerahkan semula aset bernilai hampir AS$700 juta, termasuk hotel Beverly Hills dan hartanah di New York dan London.



Jumlah itu sebagai tambahan kepada aset AS$260 juta, termasuk kapal layar mewah AS$126 juta, yang dirampas lebih awal bagi pihak Malaysia.



Dalam perkembangan berasingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang seorang individu, dipercayai sekutu Low, lapor Berita Harian Malaysia.



Individu itu difahamkan ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada 3.30 pagi Rabu.



Sebaik tiba di KLIA2, lelaki berkenaan yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10 pagi kemudian.



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkembangan itu dan menambah bahawa pihaknya sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura.



SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >