Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Kes Altantuya: Seorang tertuduh dikatakan lari ke Australia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kes Altantuya: Seorang tertuduh dikatakan lari ke Australia

Jan 15, 2015 | 02:11 PM

KUALA LUMPUR - Salah seorang pegawai polis Unit Tindakan Khas Malaysia yang didapati bersalah membunuh model dan penterjemah Mongolia telah melarikan diri ke Australia Oktober tahun lalu, kata polis.

Malaysia akan bekerjasama dengan Australia untuk menentukan jika Sirul Azhar Umar masih berada di negara itu, agensi berita Bernama yang menukil kenyataan ketua CID Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

"Kami akan berhubungan dengan Polis Persekutuan Australia jika dia berada di sana, tetapi jika dia telah meninggalkan Australia dan pergi ke destinasi lain, kami akan menghubungi Interpol untuk menangkapnya," kata beliau apabila dihubungi Bernama semalam.

Agensi berita itu melaporkan adalah difahamkan bahawa polis akan mengeluarkan "Notis Merah" kepada Interpol untuk membantu menjejaki bekas korporal itu, dan permohonan untuk membawa balik Sirul akan dibuat dengan negara di mana dia berada.

Sirul tidak hadir Selasa lalu apabila Mahkamah Persekutuan Malaysia, menterbalikkan keputusan Mahakamah Rayuan pada 2013 dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dan ketua inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan telah melakukan kseilapan. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3