Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes anak Anwar dakwa jadi mangsa buli jalan raya: Polis cari pemandu Proton Iriz

Jan 20, 2023 | 11:41 PM
Anak perempuan PM Anwar Ibrahim, Nurul Ilham (kiri sekali) mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya. FOTO: NUR ILHAM ANWAR/ TWITTER
Anak perempuan PM Anwar Ibrahim, Nurul Ilham (kiri sekali) mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya. FOTO: NUR ILHAM ANWAR/ TWITTER -

KUALA LUMPUR: Polis mencari pemandu sebuah kereta Proton Iriz bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu lain.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menerusi kenyataan di Facebook berkata, satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).

"JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti," kata kenyataan itu.

Berita Harian Malaysia (BHM) Online awal Jumaat (20 Januari) melaporkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham, mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.

Melalui satu perkongsian di Twitter, anak keempat Anwar itu berkata, perbuatan itu dilakukan seorang wanita yang memandu kereta jenis Proton Iriz.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit asyik menekan brek di lorong laju dan menyatakan tindakan pemandu terbabit amat berbahaya apatah lagi ketika itu anaknya berusia dua tahun turut bersamanya.

Nurul Ilham turut memuat naik satu rakaman video kejadian itu di Twitter. Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pemandu Proton Iriz berwarna hijau itu kelihatan beberapa kali menekan brek di lorong laju.

"Saya biasanya tidak berkongsi perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini asyik tekan brek di lorong laju.

"Sangat bahaya dan saya mempunyai anak berusia dua tahun bersama saya. Berada di sana selama seminit sebelum pemandu wanita itu menukar ke lorong lain," katanya. - Berita Harian Malaysia (BHM)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg