Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes anak kerat ibu di M’sia, suspek disyaki ada masalah mental

Jun 05, 2022 | 10:21 PM



IPOH - Suspek yang disyaki membunuh dan memotong mayat ibu kandungnya sendiri kepada 15 bahagian dipercayai mengalami masalah mental.



Polis juga percaya suspek memukul kepala ibunya terlebih dahulu sebelum mengerat badan mangsa dan membuangnya ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian, Parit Buntar, menurut laporan laman web berita astroawani.com pada Ahad (5 Jun). 



Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pada mulanya polis menyiasat mengenai kes orang hilang selepas menerima laporan daripada salah seorang anak mangsa beberapa hari lalu.



Menurutnya, pihak berkuasa telah pergi ke rumah berkenaan, tetapi oleh kerana keadaan rumah tidak terurus disebabkan mangsa dan suspek terlibat dalam urusan beli barang-barang terpakai.



"Rumah berselerak, bau pun memang tidak menyenangkan, jadi mereka pergi meninggalkan lokasi. Tapi semalam kita dapat panggilan daripada jiran yang mengatakan bau busuk luar biasa dari rumah itu menyebabkan pihak polis sekali lagi bergegas ke tempat kejadian,” ujar Datuk Mior. 



Kata beliau, pihak forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian telah menjumpai bukti yang digunakan oleh suspek, antaranya sebilah parang, dua pisau dan barang-barang yang digunakan suspek dalam kejadian itu.



Polis menganggap kes itu selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapat arahan selanjutnya.



Dalam kenyataannya pada lewat malam Sabtu, Datuk Mior berkata, polis menahan seorang lelaki selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian.



Polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.



Berdasarkan siasatan awal polis,  kejadian itu berlaku kerana ada masalah pembahagian harta yang menyebabkan suspek berusia 42 tahun itu tidak berpuas hati terhadap ibunya yang berusia 68 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >