Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes anak meninggal akibat didera di Johor: Ibu dijel dibawa lihat anak kali terakhir

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Suasana suram menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru apabila seorang wanita mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada anak bongsunya sebelum budak lelaki itu, yang didakwa meninggal dunia akibat didera, dibalut dengan kain kafan.



Wanita berusia 39 tahun itu, yang merupakan banduan di penjara Simpang Renggam di Kluang, diberi masa lima minit untuk melihat anaknya selepas proses memandikan dan mengkafankan jenazah selesai.



Dengan berpakaian seragam penjara ungu, wanita itu dilihat menangis ketika turun dari van Jabatan Penjara yang membawanya ke hospital itu, diiringi dua penjaga penjara, lapor The New Straits Times (NST).



Difahamkan, wanita itu, ibu kepada 11 anak, hanya diberitahu mengenai kejadian itu sebaik tiba di rumah mayat kerana penjaga mahu mengawal emosi wanita itu sepanjang perjalanan dari penjara.



Datuk saudara kanak-kanak itu, Encik Ruslan Ahmad, 47 tahun, melahirkan rasa kecewanya terhadap kejadian itu.



Walaupun beliau tidak menyalahkan ibu kanak-kanak itu, beliau kecewa kerana budak itu tidak diserahkan semula kepadanya atau Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila wanita itu ditangkap semula oleh polis pada September lalu.



"Saya amat kecewa. Sekiranya saya tahu ini akan berlaku, saya akan menyelamatkannya, dan tidak menyerahkannya kepada ibunya.



"Ketika itu, saya diberitahu bahawa ibu kanak-kanak itu telah pulih dan dibebaskan (dari tahanan). Dia merayu untuk mengambil anaknya semula, oleh itu saya dan jabatan kebajikan membincangkannya dan memutuskan untuk memberinya peluang.



"Di bawah jagaan ibunya selama sebulan, saya diberitahu bahawa budak lelaki itu baik-baik saja. Saya juga bertanya tentang dia setiap hari dan mereka memberitahu saya bahawa dia baik-baik saja.



"Namun, lama-kelamaan saya gagal menghubungi ibu kanak-kanak itu dan apabila diberitahu mengenai kejadian itu, barulah saya dapat tahu ibu kanak-kanak itu ditahan semula dan dia berada di bawah jagaan kakaknya," katanya ketika ditemui di jabatan forensik hospital tersebut, tempat beliau pergi untuk menuntut mayat budak itu, yang dikenali sebagai Lokman.



Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia kerana dipercayai didera. Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik, meninggal dunia selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.



Sebelum itu dia dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak di Senggarang, Batu Pahat, sebelum meninggal dunia pada 26 Disember.



Lima suspek termasuk kakak dan abang ipar mangsa yang sebelum ini ditahan reman sehingga Sabtu ini, akan disambung reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >