Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bocor data HIV: Pembocor data mungkin menipu di Hongkong

Feb 21, 2019 | 2:15 PM
BROCHEZ: Dakwa dipecat daripada pekerjaan kerana laporan akhbar mengenai kes kebocoran maklumat HIV. - Foto fail
BROCHEZ: Dakwa dipecat daripada pekerjaan kerana laporan akhbar mengenai kes kebocoran maklumat HIV. - Foto fail -

Warga Amerika Syarikat yang dikehendaki di Singapura kerana membocor maklumat peribadi milik 14,200 pesakit HIV, mungkin juga dikehendaki pihak berkuasa di Hongkong kerana menipu, kata media negara itu.

Akhbar The South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa Mikhy Farrera Brochez mengendalikan perniagaan berhubung pendidikan di Hongkog, dan mengenakan bayawan sehingga HK$8,000 ($1,379) untuk memberi penilaian ke atas seorang kanak-kanak keperluan khas.

Brochez, 34 tahun, pernah memalsukan kelayakan dan sijil psikologi kanak-kanak untuk bekerja sebagai guru di Singapura. Di laman web Guia Education yang berpangkalan di Hongkong, Brochez dinamakan sebagai pengarah eksekutifnya.

Ia juga menyatakan bahawa Brochez ialah antara pengasasnya dan Brochez pakar psikologi kanak-kanak yang bertauliah dengan Persatuan Psikoogi Amerika.

Seorang jurucakap APA memberitahu akhbar SCMP bahawa Brochez dan kakitangan lain Guia Education bukan anggotanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg