Premium
Kes buli: 36 pelajar varsiti M'sia ditahan
Mahasiswa dipukul, diseterika
Jun 4, 2017 | 5:30 AM
MANGSA PENDERAAN: Allahyarham Zulfarhan (tengah) bersama ibu bapanya - Cik Hawa Osman dan Encik Osman Zulkarnain - dalam gambar album. Allahyarham meninggal Khamis lalu di hospital setelah mengadu dibelasah dan ditekap dengan seterika wap. - Foto HARIAN METRO -
SEPANG: Polis menahan reman 36 mahasiswa dari dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kelmarin bagi membantu siasatan kes kematian seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu dikeluarkan Mahkamah Majistret Sepang selepas mahasiswa tahun akhir berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira 10 malam di Hospital Serdang Khamis lalu.

