Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes bunuh bersiri di Jawa: 3 lelaki ditahan

Jan 22, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Polis Indonesia percaya telah merungkai satu kes pembunuhan bersiri setelah memberkas tiga lelaki disyaki terlibat dalam sembilan kes pembunuhan, Khamis lalu.



Ini selepas anggota penyiasatnya menemui lapan mayat di tempat berasingan di bandar Bekasi, Cianjur dan Garut di Jawa Barat ketika meneruskan pencarian mayat kesembilan.



Antara mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang mayatnya dikebumikan di Cianjur, lapor laman berita JakartaGlobe.



Ketiga-tiga suspek itu - Wowon Erawan; adiknya, Dede Solehudin; dan, Solihin - dituduh meracuni mangsa mereka dalam apa yang dikatakan polis sebagai kes pembunuhan bersiri.



Motif pembunuhan masih tidak jelas kerana siasatan bersama yang diketuai oleh Polis Jakarta sedang dijalankan.



Siasatan awal menunjukkan suspek telah menipu orang ramai supaya mempercayai mereka memiliki "keupayaan ghaib" untuk melipatgandakan kekayaan dan membunuh mangsa yang menyerahkan aset mereka agar menghapuskan saksi yang berpotensi, Ketua Polis Jakarta Inspektor Jeneral Fadil Imran memberitahu wartawan.



"Matlamat mereka adalah untuk mencuri wang daripada mangsa mereka. Jadi pembunuhan itu didahului dengan penipuan - janji untuk menjadikan mangsa lebih kaya," kata Inspektor Jeneral Fadil.



"Duloh atau Solihin ini menggambarkan dirinya punya kemampuan untuk meningkatkan kekayaan, kemudian menyuruh Aki untuk mencari korban," menurut Ketua Polis Daerah Metro Jaya itu yang dilaporkan akhbar Kompas semalam.



Tiga mayat ahli keluarga ditemui di dalam sebuah rumah di Bantargebang, Bekasi minggu lalu dikenali sebagai Ai Maimunah, 40 tahun, dan dua anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya bernama Ridwan Abdul Muiz, 23 tahun, dan Muhammad Riswandi, 17 tahun.



Allahyarhamha Ai telah berkahwin dengan Wowon selepas bercerai dengan suami pertamanya dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun yang terselamat daripada keracunan di rumah yang sama.



Dede juga ditemui di dalam rumah itu menderita racun tetapi polis mengesahkan bukti dia turut berperanan dalam pembunuhan itu.



Siasatan lanjut membawa polis menemui mayat tiga wanita dan seorang budak lelaki yang dikebumikan di tiga kubur yang disamarkan di Cianjur.



Encik Fadil berkata pasukan forensik akan menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa.



Beberapa mangsa dipercayai dibunuh dua tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >