SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kes bunuh pempengaruh HK: 4 didakwa hadir di mahkamah

Kes bunuh pempengaruh HK: 4 didakwa hadir di mahkamah

Feb 28, 2023 | 5:30 AM

Kes bunuh pempengaruh HK: 4 didakwa hadir di mahkamah

KAWAL TEMPAT PEMBUNUHAN: Polis berkawal di luar rumah tempat mayat model Hong Kong, Cik Abby Choi, yang ditemui di kawasan pedalaman Tai Po, Hong Kong. - Foto-foto EPA-EFE, REUTERS
KAWAL TEMPAT PEMBUNUHAN: Polis berkawal di luar rumah tempat mayat model Hong Kong, Cik Abby Choi, yang ditemui di kawasan pedalaman Tai Po, Hong Kong. - Foto-foto EPA-EFE, REUTERS -

HONG KONG: Empat individu yang didakwa berhubung pembunuhan model terkenal, Cik Abby Choi, 28 tahun, hadir di mahkamah pada Isnin selepas polis menemui bahagian badan mangsa di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan di pinggir bandar raya berkenaan.

Polis Hong Kong pada Ahad berkata mereka mendakwa tiga lelaki berumur dalam lingkungan 28 hingga 65 tahun atas dakwaan membunuh dan seorang wanita berusia 63 tahun, atas satu pertuduhan kerana menghalang kes itu.

Menurut polis, mereka yang didakwa membunuh model itu termasuk bekas suaminya, Alex Kwong, bekas abang ipar dan bekas bapa mentuanya.

Pembunuhan pempengaruh tempatan itu yang baru-baru ini menghiasi muka depan majalah fesyen digital, L'Officiel Monaco, telah mendapat liputan meluas di pelbagai akhbar selepas beliau dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Polis menemui beberapa bahagian badannya di rumah tiga tingkat di kawasan pedalaman Tai Po minggu lalu.

Menurut satu kenyataan, pihak polis turut menemui alat penghiris daging, gergaji elektrik dan sebuah beg tangan milik Cik Abby selain dua kaki wanita dalam peti sejuk di tempat kejadian.

Sebelum ini, polis telah menemui kepala model dan selebriti media sosial Hong Kong itu dua hari selepas menemui sebahagian anggota badannya di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po.

Pakar forensik menemui kepala mangsa dalam salah satu periuk sup di rumah berkenaan.

Ketika polis menemui periuk sup itu, ia dilaporkan penuh dan terdapat daging cincang di dalamnya.

Namun, ketika itu pihak berkuasa hanya boleh mengesahkan bahawa terdapat tisu manusia dalam periuk itu, sebelum menghantarnya untuk ujian lanjut.

Forensik kemudian melaporkan menemui kepala mangsa bersama tulang rusuk, dalam salah satu periuk.

Menurut laporan, tengkorak itu masih sempurna, namun dipercayai bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya.

Rambut mangsa tidak lagi melekat pada tengkorak yang sudah dimasak itu. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg