Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes Covid-19 di Afrika Selatan yang disyaki varian Omicron nampakkan tanda jangkitan ringan, pulih tanpa rawatan hospital

Nov 29, 2021 | 01:17 AM



PRETORIA: Seorang doktor Afrika Selatan yang mengejutkan ramai mengenai varian Omicron menjelaskan pada Ahad (28 November) bahawa puluhan pesakitnya yang disyaki menghidap varian tersebut menunjukkan hanya tanda ringan dan pulih sepenuhnya tanpa dirawat di hospital.



Dr Angelique Coetzee, pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan, memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau telah menemui 30 pesakit sepanjang 10 hari lalu yang diuji positif Covid-19 tetapi menampakkan tanda penyakit yang jarang ditunjukkan pesakit koronavirus lain.



"Apa yang membawa mereka ke klinik adalah rasa penat yang keterlaluan," jelasnya dari Pretoria, di mana beliau menjalankan rawatannya.



Beliau berkata ini jarang sekali dialami pesakit lebih muda. Kebanyakan daripada mereka merupakan lelaki di bawah usia 40 tahun. Hampir 50 peratus daripada mereka sudah menjalani vaksinasi lengkap.



Mereka juga mengalami sakit otot yang ringan, tekak kering dan batuk kering. Hanya beberapa orang sahaja mengalami suhu badan yang agak tinggi.



Tanda jangkitan yang sangat ringan ini berbeza daripada varian lain yang membawa pada tanda jangkitan lebih teruk.



Dr Coetzee memaklumkan pegawai kesihatan tentang "gambaran klinikal yang tidak sama dengan varian Delta" - varian ketara Afrika Selatan - pada 18 November apabila beliau merawat tujuh pesakit pertama daripada lebih 30 pesakit yang bertemunya.



Beliau menambah saintis Afrika Selatan sejak itu telah mengesan varian itu yang sebelumnya hanya dikenali sebagai B.1.1.529 apabila mereka mengumumkannya pada 25 November.



Berita itu membuatkan ramai yang panik dengan sekatan kembara dikenakan ke atas bahagian selatan Afrika sedang negara sedunia berlumba mengekang penularan varian ini, sesuatu yang membuatkan pemerintah Afrika Selatan menganggap terlalu kelam-kabut dan tidak adil.



Menurut seorang penasihat Covid-19 kepada pemerintah Afrika Selatan, tanda yang berkaitan dengan varian koronavirus Omicron ini nampaknya "agak ringan" sejauh ini.



Sedang Afrika Selatan yang kali pertama mengenal pasti varian baru ini mempunyai 3,220 kes jangkitan koronavirus secara menyeluruh, tiada masalah peningkatan kecil dalam bilangan yang dirawat di hospital, jelas Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kementerian mengenai Vaksin, Encik Barry Schoub, kepada Sky News pada Ahad.



"Kes yang berlaku sejauh ini kesemuanya adalah kes ringan, kes ringan hingga sederhana dan ini adalah petanda baik," jelas Encik Schoub, sambil menambah masih terlalu awal dan tiada yang jelas buat masa ini.



Bilangan mutasi dalam varian Omicron juga kelihatannya menyahstabilkan virus itu, yang mungkin menjadikannya kurang "cergas" daripada varian Delta yang ketara, jelas Encik Schoub.



"Dengan cara itu, mudah-mudahan ia tidak akan menggantikan Delta kerana Delta yang kita ketahui memberi respons yang sangat baik terhadap vaksin," katanya.



Sementara itu, Dr Coetzee berkata malang sekali Omicron dimaklumkan merata dunia sebagai "varian virus yang sangat berbahaya" dengan mutasi berbilang sedangkan kemudaratannya masih tidak diketahui.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyifatkannya sebagai varian pencetus keprihatinan dengan pihak saintis berusaha menilai ciri-ciri varian ini.



Varian yang dimutasi tinggi ini dipercayai sangat mudah merebak dan berdaya tahan pada keimunan walaupun keupayaannya mengelak vaksin masih lagi dinilai.



"Kami tidak mengatakan bahawa tidak akan ada penyakit teruk yang bakal mendatang. Namun, buat masa ini, pesakit yang kami rawat yang belum divaksin malahan menunjukkan tanda jangkitan ringan," kata Dr Coetzee.



"Saya agak yakin...ramai orang di Eropah sudah dijangkiti virus ini," jelasnya.



Perangkaan rasmi menunjukkan hampir tiga suku kes Covid-19 yang dilaporkan di Afrika Selatan pada beberapa hari ini sudah dikenal pasti sebagai Omicron.



Sejak Afrika Selatan berkongsi penemuannya, beberapa negara telah mengesan jangkitan Omicron sejak beberapa hari lalu termasuk Australia, Italy, Britain dan Belgium.



"Kami akan melihat peningkatan dalam kes," Dr Coetzee memberi amaran.



Negara yang paling teruk dilanda Covid-19 di benua Afrika ini sudah melihat kadar jangkitan Covid-19 hariannya meningkat daripada 3.6 peratus pada Rabu kepada 9.2 peratus pada Sabtu.



Bilangannya kekal agak rendah, berbanding negara-negara yang paling terjejas dalam dunia, bagaimanapun, dengan sekitar 2.9 juta kes dan 89,791 kematian dilaporkan sejauh ini. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >