Kes Covid-19 di New Zealand adalah varian Afrika Selatan, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Kes Covid-19 di New Zealand adalah varian Afrika Selatan

Jan 26, 2021 | 05:30 AM

WELLINGTON: Kes pertama Covid-19 dalam kalangan masyarakat di New Zealand selepas lebih dua bulan, dikenal pasti sebagai varian Afrika Selatan.

Menteri Kesihatan New Zealand, Encik Chris Hipkins, semalam berkata, pesakit berkenaan dipercayai dijangkiti ketika di kuarantin di hotel.

Wanita berusia 56 tahun yang dijangkiti virus itu baru pulang dari Eropah dan disahkan positif kelmarin, 10 hari selepas selesai menjalankan kuarantin wajib selama dua minggu.

Penularan tempatan itu yang pertama dilaporkan di New Zealand sejak pertengahan November lalu, turut diklasifikasikan sebagai strain lebih mudah berjangkit.

"Strain jangkitan adalah varian Afrika Selatan dan sumber jangkitan kemungkinan besar membabitkan pengembara lain," kata Hipkins.

Discover Malay Home Based Businesses

Wanita tersebut dipercayai dijangkiti oleh individu yang menginap di tingkat sama sebuah hotel ketika menjalani kuarantin wajib di negara itu, dua hari sebelum keluar dari hotel terbabit.

Selepas menjalani kuarantin wajib itu, wanita terbabit mengunjungi beberapa lokasi di sekitar wilayah Northland dekat Auckland sebelum menunjukkan gejala jangkitan beberapa hari kemudian dan diuji positif Covid-19.

Dua kontak rapat, termasuk suaminya, disahkan negatif dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Dr Ashley Bloomfield berkata, mereka kemungkinan terhindar daripada jangkitan berikutan simptom yang ditunjukkan wanita berkenaan.

"Dia tidak mengadu mengalami gejala pernafasan, ia lebih kepada terasa sakit pada otot, sebab itu dia mungkin tidak menyebarkan virus berkenaan," kata Dr Bloomfield.

"Saya rasa ia tidak menghairankan dengan varian ini, sebagaimana (simptom) yang dialami wanita terbabit."

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, tidak ada bukti jelas varian Afrika Selatan membawa kepada kesan jangkitan teruk dan kematian yang lebih tinggi.

New Zealand mendapat pujian antarabangsa kerana bijak menangani penularan pandemik ini, dengan hanya 25 kematian dari 1,927 kes virus yang daripada lima juta populasi penduduk, lapor agensi berita AFP.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Australia, Encik Greg Hunt, mengumumkan negaranya akan menggantung kemudahan gelembung perjalanan sehala dengan New Zealand untuk sekurang-kurangnya 72 jam, lapor akhbar The New Zealand Herald, semalam.

Perubahan ini berkuat kuasa serta-merta.

Mana-mana penumpang dari New Zealand dengan penerbangan kad hijau yang dijadualkan dalam masa 72 jam mendatang perlu memikirkan semula keperluan mereka untuk terbang.

Sesiapa yang tiba di Australia dari New Zealand pada atau sejak 14 Januari akan diarahkan menjalani pengasingan dan ujian kesihatan.

Mereka harus mengasingkan diri sehingga mendapat keputusan ujian yang negatif. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map