Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Covid-19 menular di 5 hospital di Lembah Klang, Selangor

Dec 18, 2020 | 9:48 PM
Seorang pegawai kesihatan dilihat sedang menjalankan ujian swab kepada seorang wanita di Klang pada 2 Disember 2020. - FOTO: REUTERS
Seorang pegawai kesihatan dilihat sedang menjalankan ujian swab kepada seorang wanita di Klang pada 2 Disember 2020. - FOTO: REUTERS -

PUTRAJAYA: Lima hospital di Lembah Klang melaporkan penularan Covid-19 dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 54 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima laporan sebanyak 29 kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan di Hospital Serdang, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya mengesan 15 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (10 kes), Hospital Ampang (lima kes) dan Hospital Selayang (empat kes).

"Peningkatan kes yang mendadak dalam kalangan petugas kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang dipercayai berkait rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti. - BERITA HARIAN MALAYSIA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg