Kes dadah: Pelajar bunuh pegawai polis di universiti Texas
Premium
Kes dadah: Pelajar bunuh pegawai polis di universiti Texas
Oct 11, 2017 | 5:30 AM

-
HOUSTON (Amerika Syarikat): Seorang pelajar tahun pertama kolej menembak mati seorang pegawai polis kampus di Universiti Texas Tech di Lubbock Isnin lalu, selepas pelajar tersebut dibawa ke balai polis universiti dan disoal siasat ekoran kes dadah, kata pihak berkuasa.
Tembakan di dalam kawasan kampus itu menyebabkan pihak berkuasa segera mengunci universiti sedang mereka mencari pelajar itu yang melarikan diri dan dikenal pasti pihak universiti sebagai Hollis A. Daniels, 19 tahun.

