Premium
Warga S'pura tidak mengaku salah di Amerika
Apr 6, 2016 | 5:30 AM
DIDAKWA DI AMERIKA: Warga Singapura Lim Yong Nam (baju berjalur biru) meninggalkan Batam sebelum dihantar ke Amerika untuk menghadapi pendakwaan. - Foto fail -
WASHINGTON: Seorang warga Singapura yang dituduh membantu mengeksport teknologi ke Iran yang kemudian ditemui dalam peranti bahan letupan yang diubah suai (IED) dilaporkan membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Persekutuan Washington, semalam.
Rekod mahkamah menunjukkan Lim Yong Nam, 42 tahun, juga dikenali sebagai Steven Lim, diperintah ditahan tanpa bon sewaktu dihadapkan kali pertama di mahkamah, menurut laporan agensi berita Associated Press semalam.

