Kes harian NZ meningkat ke paras tertinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes harian NZ meningkat ke paras tertinggi

Sep 30, 2021 | 5:30 AM

Kes harian NZ meningkat ke paras tertinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
7d8da096-fbd2-4ccc-bf24-34b3a835499d
-

WELLINGTON: Jumlah kes harian koronavirus New Zealand melonjak ke paras tertinggi dalam beberapa minggu, menjejas lagi usaha negara itu menghapuskan jangkitan varian Delta di sana.

Penguasa kesihatan melaporkan 45 kes baru semalam, kesemuanya di kota terbesar Auckland, menjadikan kes dalam penularan terkini berjumlah 1,230. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lapan kes kelmarin, dan bilangan kes harian tertinggi sejak 2 September.

Menteri Respons Covid-19, Encik Chris Hipkins, semalam menggesa rakyat negara itu kekal tenang dan berkata: "Kami menjangka ada keadaan sebegini dari masa ke masa."

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 33 kes baru dijejak ke isi rumah atau kontak rapat kes jangkitan semasa dan kebanyakannya sedang mengasingkan diri di rumah atau di pusat kuarantin.

"Saya menggesa orang ramai jangan terlalu cemas. Kita masih berhasrat menewaskannya," ujar beliau.

Bilangan kes harian yang terus bertambah menimbulkan soalan apakah New Zealand berdaya menghapuskan virus itu. Seorang pegawai kesihatan kanan minggu lalu berkata negara itu mungkin tidak akan kembali kepada keadaan di mana Covid-19 tidak wujud di sana.

Tahun lalu New Zealand menghapuskan Covid-19 dan bebas Covid-19 hingga bulan lalu, apabila varian Delta menular, menyebabkan negara itu melaksana pergerakan menyeluruh.

Program vaksinasi yang tertunggak di negara itu pula bermakna lebih ramai orang kini menanggung risiko dijangkiti Covid-19. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg