Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes influenza A meningkat, sekolah di Pulau Pinang dan Lembah Klang ditutup

Jan 10, 2020 | 03:53 PM



KUALA LUMPUR: Peningkatan dalam bilangan kes influenza A telah menyebabkan beberapa sekolah di Pulau Pinang dan Lembah Klang ditutup, dengan bekalan suntikan selsema semakin rendah.



Sekurang-kurangnya 53 orang telah dijangkiti di Pulau Pinang dan 23 lagi di Selangor pagi semalam dan beberapa hospital menyuruh pesakit pulang, dengan pihak berkuasa menasihatkan agar mereka berehat di katil di rumah.



Di antara kes di Selangor, dilaporkan di Cyberjaya dan Klang, cuma dua orang yang dimasukkan ke hospital.



“Mereka memerlukan rehat yang mencukupi. Mereka akan sembuh. Jika kita memasukkan semua orang ke hospital awam, orang lain boleh dijangkiti juga,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye menurut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT).



Bagaimanapun, beliau berkata terdapat bekalan ubat influenza yang mencukupi di pusat penjagaan kesihatan awam, sementara beberapa hospital swasta perlu menambah stok mereka selepas lonjakan dalam kes selsema berikutan wabak di China bulan lalu.



Kementerian Pendidikan juga menasihatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka yang sakit pergi ke sekolah tetapi untuk mendapatkan perhatian perubatan profesional.



FMT juga melaporkan beberapa hospital swasta di Lembah Klang telah kehabisan katil setelah melihat peningkatan dalam kes influenza, dan sedang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar, kecuali dalam kes apabila simptom menjadi lebih teruk.



Jabatan pendidikan Pulau Pinang berkata ia akan mengambil langkah proaktif untuk mengawal penyebaran kes di sana, termasuk pengedaran pelitup muka di sekolah.



Ketua pengarah kesihatan Malaysia Noor Hisham Abdullah berkata minggu lalu bahawa ujian menunjukkan bahawa virus in

fluenza itu bukan mutasi atau jenis baru, dan jumlah kes masih dalam “kadar biasa”. – The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >