SEOUL: Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan telah melahirkan keprihatinan baru terhadap virus Covid-19 setelah ia melaporkan berdozen pesakit yang telah beransur pulih dari jangkitan virus itu namun diuji positif lagi pada bulan lalu.
Ini bermakna, individu yang telah berjaya mengatasi jangkitan Covid-19 boleh dijangkiti semula dan ini boleh mengganggu usaha melonggarkan sekatan pergerakan serta usaha penghasilan vaksin.
Namun setelah kajian telah dilaksanakan beberapa minggu ini, Korea Selatan kini berkata bahawa keputusan bagi pesakit tersebut merupakan "pengesahan positif yang palsu" diakibatkan sisa virus itu yang kemungkinan tidak berupaya menjangkiti orang lain,
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (KCDC), Korea Selatan telah melaporkan sebanyak 350 kes seperti demikian pada Rabu (6 Mei). - Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg