Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes jangkitan Covid-19 di Tokyo cecah rekod tertinggi

Jul 30, 2021 | 5:30 AM
SEMANGAT OLIMPIK TETAP TERASA: Penduduk di Tokyo bergambar berdekatan Obor Olimpik sedang bandar itu mengalami lonjakan kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu. - Foto EPA-EFE
SEMANGAT OLIMPIK TETAP TERASA: Penduduk di Tokyo bergambar berdekatan Obor Olimpik sedang bandar itu mengalami lonjakan kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu. - Foto EPA-EFE -

TOKYO: Kes harian Covid-19 di bandar tuan rumah Sukan Olimpik Tokyo mencapai rekod tertinggi dalam tempoh dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 3,000 kes, buat kali pertama sejak wabak itu bermula awal tahun lalu.

Media tempatan melaporkan kenaikan kes jangkitan itu memberikan tekanan kepada hospital dan merendahkan semangat penduduk tempatan terhadap temasya yang sedang berlangsung dalam keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Antara yang paling memberi kesan ialah larangan penonton di kebanyakan lokasi kejohanan walaupun terdapat banyak potensi buruan pingat bagi atlet Jepun.

Ia juga menimbulkan masalah kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, dengan sokongan terhadap beliau berada pada tahap terendah sejak memegang jawatan pada September lalu, dengan pilihan raya umum dijadualkan diadakan tahun ini.

Menurut seorang menteri Kabinet, selepas kes harian mencatat 2,848 jangkitan pada Selasa lalu, gabenor tiga wilayah berdekatan Tokyo meminta kerajaan mengisytiharkan darurat di wilayah mereka.

Encik Yasutoshi Nishimura, yang mengetuai pasukan tindak balas Covid-19 Jepun, memberitahu Parlimen bahawa wilayah berkenaan akan meminta kerajaan untuk mengumumkan darurat seawal semalam.

Beliau berkata kes harian dijangka meningkat lebih tinggi dalam beberapa hari mendatang kerana ujian mungkin tertangguh berikutan cuti minggu lalu.

Gabenor wilayah Kanagawa dekat Tokyo, Encik Yuji Kuroiwa, berpendapat Tokyo akan memasuki fasa kenaikan besar kes.

Wilayah Kanagawa dan wilayah Chiba serta Saitama yang berdekatan turut mencatatkan lonjakan kes jangkitan.

Tokyo berada dalam keadaan darurat keempat yang akan berkekalan sepanjang temasya Olimpik, sementara tiga wilayah lain melaksanakan langkah darurat yang lebih longgar.

Kelmarin, penganjur Olimpik Tokyo melaporkan 16 kes baru dikaitkan dengan temasya itu, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 169 kes sejak 1 Julai.

Jurucakap Tokyo 2020, Encik Masa Takaya, berkata atlet, kakitangan dan media Olimpik diminta mematuhi peraturan ketat bagi mencegah penularan virus, termasuk lebih kerap menjalani ujian.

"Sebagai penduduk Tokyo dan penganjur, hati saya sedih kerana jumlah kes meningkat (di Tokyo) walaupun tindakan tegas sudah dilaksanakan dalam gelembung Olimpik," katanya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg