Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes kamera tersembunyi rakam pelanggan di bilik salin pakaian: H&M Malaysia lapor pada polis

Jan 12, 2023 | 08:31 PM



GEDUNG H&M Malaysia telah membuat laporan polis selepas pengguna Twitter menyatakan kebimbangannya bahawa rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik salin baju gedung di Kuala Lumpur itu dijual dalam talian.



“Keselamatan pelanggan kami adalah yang paling penting bagi kami. Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada laman LifeTech.



"Kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua bilik salinan baju dan sedang berusaha untuk memastikan tiada pelanggaran keselamatan yang akan menjejaskan privasi pelanggan kami.," ujarnya lagi.



H&M ialah syarikat pakaian berbilang negara yang berpangkalan di Sweden. Ia khusus menjual pakaian fesyen ringkas untuk lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak.



Video yang tersebar di Malaysia didakwa dijual dalam talian, dengan penjual mendakwa mempunyai rakaman pasangan dan individu di dalam bilik salinan pakaian itu.



Isu itu kali ini diketengahkan oleh pengguna @meleisgw di Twitter pada 8 Januari, tetapi beliau telah memadamkan ciapannya.



Pengguna yang merupakan seorang wanita kemudian menyiarkan maklumat terkini di mana seseorang wanita lain yang mengaku dirinya mangsa memberitahu beliau ternampak dirinya dalam salah satu video itu.



Mangsa juga berkata bahawa rakaman itu mungkin telah diambil pada Oktober 2022.



Dalam catatan lain, seorang pengguna berkata beliau melihat rakannya dalam salah satu video.



Menurut @meleisgw, beliau menerima pesanan langsung yang mengatakan bahawa laporan polis telah difailkan mengenai perkara itu.



Berita mengenai kamera tersembunyi ini dikatakan telah mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan dan privasi.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata pengurus keselamatan kedai itu di Jalan Imbi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, membuat laporan pada petang Isnin selepas melihat pesanan mengenai video itu disebarkan di WhatsApp.



"Video 11 saat daripada kamera tersembunyi telah dimuat naik ke Twitter," kata Penolong Pesuruhjaya (AC) Noor Dellhan pada Rabu.



“Kami menghantar kakitangan kami ke sana untuk menyiasat dan tidak menemui kamera itu. Kami percaya ia berlaku di lokasi lain.”



Beliau menambah: "Tetapi saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan."



AC Noor Dellhan berkata, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana individu terbabit dengan sengaja menghina kehormatan mana-mana wanita melalui perkataan, bunyi, isyarat atau objek.



Sementara itu, di laman Facebook H&M Malaysia, beberapa warganet meninggalkan komen meminta penjelasan daripada syarikat itu.



“Adakah kamera di dalam bilik salinan pakaian? Berapa lama dan berapa ramai pelanggan telah dirakam?” seorang warganet bernama Omar Ali bertanya.



Seorang lagi pengguna yang menggunakan nama Sue Hae Dae berkata dakwaan mengenai kamera tersembunyi di kedai itu membimbangkan.



"Sangat tertekan apabila saya memikirkan semula perkara ini kerana saya selalu membeli-belah di sana selepas bekerja," katanya.



Di laman Facebook akhbar The Star, sesetengah pengguna mencadangkan agar pelanggan mungkin perlu membawa peranti yang boleh mengesan kamera tersembunyi. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >