Topik diikuti
Pergi ke BHkuKes koronavirus di Turkey capai lebih 86,000; lepasi China
Apr 21, 2020 | 5:30 AM
Kes koronavirus di Turkey capai lebih 86,000; lepasi China
ANKARA: Bilangan kes koronavirus Covid-19 yang disahkan di Turkey meningkat kepada 86,306 semalam, melepasi China, sejurus sehari selepas melepasi Iran.
Turkey melaporkan kes pertama hanya pada 10 Mac lalu, namun kini jumlah angka kes virus itu adalah tertinggi di luar Eropah dan Amerika Syarikat, dan negara paling terjejas di Timur Tengah.